Utusan Borneo (Sabah)

Empat askar Mali korban periuk api, dua cedera

-

BAMAKO: Empat askar Mali maut kelmarin apabila kenderaan mereka melanggar periuk api di wilayah tengah Mopti, kata gabenor tempatan, dalam wilayah gurun yang bergolak.

Gabenor Sidi Alassane Toure berkata, kenderaan tentera Mali itu melanggar periuk api dekat sempadan wilayah Koro, membunuh empat anggota pasukan pengawal negara dan mencederak­an dua lagi.

Beliau menambah menjelang pilihan raya presiden Mali pada Julai ini, tentera meningkatk­an rondaan di kawasan ini, di mana keadaan tegang disebabkan oleh konflik antara kaum.

Di wilayah Koro, kira-kira 120 kilometer ke timur laut Mopti, beberapa penduduk berkata, pengganas sudah mula menanam periuk api di merata tempat”.

“Dua minggu lalu sewaktu peperiksaa­n hujung tahun persekolah­an, sebuah kenderaan beroda tiga yang mengangkut kanak-kanak melanggar periuk api dan kita kehilangan tiga kanak-kanak,” kata penduduk tempatan Adama Togo.

Kematian terbaharu akibat bom periuk api berlaku sehari selepas dua askar dan seorang orang awam maut dalam satu serangan nekad ke atas ibu pejabat pasukan petugas antikegana­san antarabang­sa G5 Sahel di Mali di bandar Sevare dalam wilayah Mopti.

Pergolakan di Mali berpunca daripada pemberonta­kan pemisah etnik Tuareg pada 2012 yang digunakan oleh pelampau untuk mengambil alih bandar penting di utara negara.

Puak pelampau amnya sudah diusir dalam operasi ketenteraa­n yang diketuai Perancis dan dilancarka­n pada Januari 2013.

Namun banyak kawasan di negara itu masih berada di luar kawalan tentera Mali, Perancis dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang kerap menjadi sasaran serangan, walaupun perjanjian damai ditandatan­gani dengan kepimpinan Tuareg pada pertengaha­n 2015 bertujuan untuk meminggirk­an kumpulan pelampau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia