Utusan Borneo (Sabah)

Wartawan Mexico ditembak mati

-

KOTA MEXICO: Jose Guadalupe Chan, seorang pemberita untuk sebuah laman sesawang berita di negeri Quintana Roo di Mexico, telah ditembak mati, kata pendakwa raya negeri dan laman sesawang di mana Chan bekerja kelmarin.

Chan, sekurang-kurangnya wartawan keenam di Mexico yang dibunuh pada tahun ini, berada di sebuah bar dalam komuniti peribumi Felipe Carillo Puerto apabila dia diserang oleh seorang individu yang tidak dikenali.

“Punca kematian adalah luka peluru,” pendakwa raya Quintana Roo menyebut dalam satu kenyataan.

Chan merupakan seorang wartawan untuk akhbar digital mingguan Playa News, yang beribu-pejabat di Riviera Maya, berhampira­n bandar raya peranginan Cancun.

Pembunuhan­nya berlaku sehari sebelum pilihan raya umum semalam di mana pengundi akan mengisi lebih 18,000 jawatan, termasuk presiden dan penggubal undang-undang persekutua­n.

Pilihan raya itu telah diwarnai tahap keganasan yang tinggi, dengan lebih 130 ahli politik yang dibunuh setakat Jumaat lepas, menurut satu kiraan oleh firma perundinga­n Etellekt.

Ruben Pat dari Playa News memberitah­u bahawa Chan baru-baru ini memberitah­unya dia telah menerima ancaman maut dan meminta pelindunga­n daripada pihak berkuasa tetapi tidak menerima sebarang jawapan.

Chan berusia 35 tahun dan sudah berkahwin dengan dua orang anak, kata Pat.

 ?? — Gambar AFP ?? RAKAN sekerja membawa gambar Chan ketika mengadakan protes di luar Dewan Bandaraya di Playa del Carmen, negeri Quintana Roo kelmarin.
— Gambar AFP RAKAN sekerja membawa gambar Chan ketika mengadakan protes di luar Dewan Bandaraya di Playa del Carmen, negeri Quintana Roo kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia