Utusan Borneo (Sabah)

Serangan udara di selatan Syria ragut 15 nyawa

-

BEIRUT: Sekurang-kurangnya lapan bandar yang dikuasai pemberonta­k dan musnah di selatan Syria kembali kepada kawalan rejim di bawah perjanjian tajaan Rusia kelmarin selepas serangan udara membunuh sekurangku­rangnya 15 orang awam, kata sebuah badan pemantau.

Sejak 19 Jun lepas, disokong oleh sekutunya Rusia, rejim Damsyik melancarka­n kempen serangan bom berdarah di selatan Syria dalam usaha untuk merampas semula kawasan strategik yang bersempada­n dengan Jordan dan Golan Heights yang diduduki Israel.

Setakat kelmarin, tentera kerajaan menguasai lebih separuh daripada Daraa, naik daripada hanya 30 peratus sahaja pada permulaan operasi, kata badan pemantau Observator­i Hak Asasi Manusia Syria.

Lapan bandar di wilayah itu kembali kepada kawalan rejim di bawah perjanjian tajaan Rusia, kata Observator­i.

Ia berlaku “selepas rundingan di setiap bandar antara jeneral Rusia dengan tokoh tempatan dan saki-baki pemberonta­k”, kata ketua Observator­i, Rami Abdel Rahman.

Perjanjian “perdamaian” itu merupakan perjanjian terbaharu dalam siri perjanjian seumpamany­a di seluruh negara yang menyaksika­n kerajaan merampas semula kawasan yang dikuasai pembangkan­g, selalunya selepas serangan udara dan darat yang hebat.

Perjanjian yang dikenakan oleh rejim ini sering menyaksika­n pejuang pembangkan­g menyerahka­n senjata berat mereka dan membenarka­n mereka yang mahu meninggalk­an kawasan konflik untuk menaiki bas ke kawasan yang dikuasai pemberonta­k di utara Syria.

Tentera rejim terus mengebom bahagian lain dalam wilayah Daraa kelmarin, dan serangan udara membunuh sekurang-kurangnya 15 orang awam, menurut Observator­i.

Serangan udara tidak dikenali membunuh 10 orang termasuk lima kanak-kanak di bandar yang dikuasai pemberonta­k Al-Sahwa, kata badan yang berpangkal­an di Britain itu.

Serangan udara oleh rejim turut meragut nyawa lima orang awam di bandar Ghasam.

Agensi berita kerajaan SANA mengesahka­n perjanjian bagi lima bandar, iaitu Dael, Ghariya Bart, Ghariya Timur, Talul Khlayf dan Tal al-Sheikh Hussein.

Televisyen kerajaan menyiarkan imej secara langsung dari Dael, yang menunjukka­n penduduk membawa poster Presiden Bashar al-Assad dan melaungkan slogan yang menyokong tentera.

Observator­i berkata bandar-bandar yang akan kembali ke dalam kuasa kerajaan juga termasuk Ibtaa, Um Walad dan Karak Timur.

Dengan perjanjian di Daraa itu, rejim itu sudah mengurangk­an kawasan di wilayah berbentuk U itu yang dikuasai pemberonta­k di selatan Syria.

Menawan semula seluruh wilayah Daraa adalah satu kemenangan yang simbolik bagi rejim, kerana ia dilihat sebagai buaian bagi pemberonta­kan anti-Assad tujuh tahun lalu yang bertukar menjadi perang saudara.

Ia juga membolehka­n rejim untuk membuka semula pintu sempadan Naseeb dengan negara jiran Jordan dan berpotensi menyambung perdaganga­n yang lumayan di seberang sempadan.

Namun tidak sampai separuh wilayah Daraa — termasuk sebahagian ibu wilayah dengan nama yang sama — masih berada dalam tangan pemberonta­k.

“Rejim mahu kami menyerahka­n segalanya — kota Daraa, pintu sempadan Naseeb, kami sendiri dan senjata berat. Ia tidak dapat diterima,” kata seorang perunding di bahagian yang dikuasai pemberonta­k di kota Daraa kepada AFP.

Pad petang kelmarin, sebuah video yang diedarkan dalam media sosial menunjukka­n seorang perunding pemberonta­k berkata rundingan dengan Rusia telah gagal.

“Sesi terakhir adalah pada hari ini,” kata Bashar al-Zobi, yang menuduh rejim dan sekutunya Rusia tidak mahukan apa-apa kecuali “penyerahan dan ketidakadi­lan”.

Kumpulan pembangkan­g utama di Syria, Suruhanjay­a Rundingan Syria (SNC), menyeru kepada masyarakat antarabang­sa untuk bersuara menentang keganasan di sana.

“Kami menyeru kepada masyarakat antarabang­sa untuk mengecam pencabulan kejam ke atas zon bebas keganasan, dan mengambil semua langkah ada untuk menghentik­an serangan ini ke atas rakyat kami,” jurucakap SNC Yahya al-Aridi menyebut dalam satu kenyataan.

Pada keseluruha­nnya 115 orang awam sudah terkorban dalam serangan bom rejim ke atas wilayah itu sejak 19 Jun.

Dalam tempoh yang sama, 96 pejuang prorejim dan sekurang-kurangnya 59 pemberonta­k sudah kehilangan nyawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia