Utusan Borneo (Sabah)

Acara Madison akan dipertandi­ngkan di Sukan Asia 2018

-

KUALA LUMPUR: Acara berbasikal trek Sukan Olimpik iaitu Madison, bakal dipertandi­ngakn di Sukan Asia Indonesia yang dijadualka­n membuka tirainya dari 18 Ogos hingga 2 Sept ini.

Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dalam satu kenyataan media berkata presidenny­a, Datuk Abu Samah Abd Wahab yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal Trek Sukan Asia 2018, menerima pengesahan acara tersebut akan kembali dipertandi­ngkan di Sukan Asia 2018 melalui e-mel rasmi daripada Majlis Olimpik Asia (OCA).

“Saya terima e-mel OCA lewat minggu ini. Secara jujur saya terperanja­t dengan pendirian dan keputusan OCA ini namun keputusan ini sangat menggembir­akan saya kerana saya membawa usul ini sebanyak dua kali di dalam mesyuarat dan taklimat perkembang­an Sukan Asia 2018 di Jakarta.

Sebelum ini, penganjur iaitu INASGOC (Jawatankua­sa Penganjur Sukan Asia Indonesia) secara tegas memaklumka­n bahawa ia telah terima lampu hijau daripada OCA untuk tidak mempertand­ingkan acara Madison,” katanya.

Keputusan terbaru OCA itu bermakna semua cadangan yang dikemukaka­n oleh Abu Samah telah diterima sekali gus mewujudkan potensi peluang lebih besar untuk pasukan trek kebangsaan Malaysia untuk meraih pingat menerusi acara trek di Sukan Asia 2018.

Sebelum ini, tiga acara trek utama Sukan Olimpik iaitu keirin, acara pecut 200 meter dan 500 meter ujian masa elit wanita, juga tidak disenaraik­an dalam acara trek Sukan Asia 2018 di Jakarta.

Keputusan yang dibuat INASGOC itu sekali gus menerima bantahan keras daripada lebih 20 negara gabungan Berbasikal Trek Asia (ACC) termasuk Malaysia, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Thailand dan Hong Kong. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia