Utusan Borneo (Sabah)

Chong Wei ‘luar biasa’, rangkul Terbuka Malaysia kali ke-12

Rangkul Terbuka Malaysia kali ke-12

-

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei menambah koleksi kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke-12 selepas menumpaska­n Kento Momota dari Jepun pada aksi final di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil pada Ahad.

Pada final penuh mendebarka­n itu, Chong Wei mempamerka­n aksi agresif pada set pertama untuk menang 21-17, kemudian hampir membawa perlawanan kepada set penentuan apabila terikat 21-21 pada set kedua.

Namun, mata terakhir memihak kepada Chong Wei apabila beliau mencabar keputusan itu ketika sedang mendahului 22-21 dalam pertarunga­n sengit berkesudah­an dengan kemenangan 23-21.

Chong Wei berkata bukan mudah menjadi pemain konsisten memenangi sesuatu kejohanan bertaraf Siri Super sebanyak 12 kali, dan berharap kejayaaan itu berterusan dengan kemenangan pada kejohanan penting selepas ini seperti Terbuka Indonesia, Kejohanan Dunia dan misi menamat kemarau pingat emas di Sukan Asia Indonesia.

“Memang puas, bukan senang menang sesuatu kejohanan besar sebanyak 12 kali. Bagi saya Terbuka Malaysia kali ini saya berasa lebih tertekan kerana ramai pemain terkemuka dunia beraksi dan pemain muda yang hebat di sini.

“Jumpa Momota bukan mudah, beliau seorang pemain berbakat besar. Saya pernah kalah kepadanya sebelum ini.

“Hari ini saya hanya fokus kepada permainan sendiri dan yang penting jangan putus asa. Tahap kecergasan hari ini berkelebih­an kepada saya... anak-anak dan isteri banyak memberi sokongan kepada saya, begitu juga jurulatih serta penyokong,” katanya selepas perlawanan.

Chong Wei seterusnya berharap rekod luar biasa 12 kali bergelar juara Terbuka Malaysia akan dipecahkan pemain lain, pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Momota berkata walaupun Chong Wei lebih 13 tahun berusia daripadany­a, tenaga serta pengalaman pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu berada pada tahap kompetitif dan sukar digugat.

“Chong Wei memiliki pukulan kencang. Berbanding kali terakhir bertemu beliau pada Kejohanan Badminton Asia, beliau beraksi sangat bagus hari ini, terutama permainan di jaring, dan beliau juga mempelbaga­ikan corak permainan.

“Segala dilakukan beliau nampak sempurna. Walaupun lebih berusia berbanding saya. Chong Wei seorang pemain kental dan antara lawan saya yang sengit,” kata Momota. -Bernama

“Jumpa Momota bukan mudah, beliau seorang pemain berbakat besar. Saya pernah kalah kepadanya sebelum ini. DATUK LEE CHONG WEI

 ??  ??
 ??  ?? CHONG Wei meraikan kejayaan selepas menewaskan Kento Momota dalam perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 di Axiata Arena pada Ahad. -Gambar Bernama
CHONG Wei meraikan kejayaan selepas menewaskan Kento Momota dalam perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 di Axiata Arena pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia