Utusan Borneo (Sabah)

65 terkandas di jalan raya Kampung Tambatuan

-

KOTA BELUD: Hujan lebat yang turun dari tengahari hingga jam 3 petang Ahad telah mengakibat­kan seramai 65 pengguna jalan raya Kampung Tambatuan terkandas selama 1 jam 45 minit, apabila dihalangi oleh runtuhan tanah dari bukit dan sebatang kayu rebah melintang di atas tiang letrik berkenaan.

Selain daripada masyarakat kampung berkenaan yang ingin balik ke kampung dan balik bekerja di Pekan Kota Belud, Ranau, Tamparuli dan Kota Kinabalu pada setiap petang minggu, 45 orang yang terkandas itu adalah terdiri daripada Alumni PTJJ Kota Belud yang telah melawat SIB Kampung Tambatuan.

Menurut Penyelaras Angkatan Pertahanan Awam Sjn Khairul Gumpitai, APM telah menghantar­kan empat anggotanya setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 2.15 petang dengan kerjasama beberapa kakitangan SESB.

Difahamkan juga beberapa masyarat kampung berkenaan turut sama bergotong-royong membersih jalan raya itu.

Sementara itu, Khairul berkata bencana alam itu pada mulanya disebabkan hujan renyai dan lebat selama tiga jam di hulu Kadamaian yang menyebabka­n beberapa kawasan ‘hotspot’ banjir di daerah ini.

Katanya, setakat jam 12 tengahari Isnin, kedalaman air Sungai Kadamaian adalah normal (00.69M), Sungai Tempasuk - normal (3.08M) dan Sungai Abai masih di bawah penyelegga­raan, manakala keadaan cuaca keseluruha­n di Kota Belud cerah sehingga petang Isnin.

Kawasan yang sentiasa terdedah kepada banjir di Kota Belud adalah Kg Keranjanga­n, Kg Sembirai, Kg Lingkodon, Kg Tanjung Pasir, Kg Wakap, Kg Labuan, Kg Donggoi, Kg Sadok-Sadok dan Kg Marajah.

Laluan alternatif apabila air naik atau berlaku banjir kilat ialah jalan Kampung Piasau Jalan Kampung Tambulion.

Khairul berkata, APM sentiasa siap siaga melakukan pemantauan di lokasi hotspot banjir, mengawal selia Pusat Kawalan Bencana (Saifon) dan memberi amaran awal bencana kepadakomu­nitimelalu­iaplikasi saifon dan dashboard komuniti, dan sebarang maklumat terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa.

 ??  ?? KHAIRUL
KHAIRUL
 ??  ?? TANAH runtuh dan sebatang kayu rebah di atas tiang letrik di jalan raya Kampung Tambatuan pada jam 2.25 petang sebelum dibersihka­n oleh APM.
TANAH runtuh dan sebatang kayu rebah di atas tiang letrik di jalan raya Kampung Tambatuan pada jam 2.25 petang sebelum dibersihka­n oleh APM.
 ??  ?? ANGGOTAAPM bersama kakitangan SESB dan orang kampung bergotong-royong membersihk­an jalan raya Kg Tambatuan.
ANGGOTAAPM bersama kakitangan SESB dan orang kampung bergotong-royong membersihk­an jalan raya Kg Tambatuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia