Utusan Borneo (Sabah)

SMSL wakili Labuan ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kebangsaan

-

LABUAN: Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL) akan mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan ke Festival Nasyid SekolahSek­olah (FNSS) peringkat Kebangsaan di Perlis pada 6-10 Julai ini.

Kejayaan itu diperolehi selepas SMSL muncul johan kategori persembaha­n di peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan (JPWPL) 2018 yang diadakan di Dewan Surapit SK Layang-Layangan pada 26-27 Jun lalu.

Naib johan SMK Mutiara dan tempat ketiga Sekolah Menengah Agama Islam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (SMAIWP).

SMK Pantai memenangi kategori Lagu PdPc Terbaik manakala Lirik PdPc Terbaik menjadi milik SMK Mutiara.

SMK Mutiara muncul johan Keseluruha­n FNSS Kategori Sekolah Menengah peringkat JPWPL 2018.

Majlis penutupan FNSS disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Turut hadir, Ketua Unit Pendidikan Islam Ustaz Mohd Shahir Mohd Yusuf, Penyelia Unit Pendidikan Islam JPWPL Ustazah Vivi Erma Abdullah serta Guru Besar SK Layang-Layangan Dayang Damit Md Yassin.

Sementara itu, jurulatih SM Sains Labuan Yahya Burhanuddi­n merakamkan ucapan tahniah, terima kasih dan penghargaa­n kepada ahli kumpulan itu yang berjaya memenangi kategori persembaha­n terbaik sekaligus akan mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan pada tahun ini.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada Pengetua SM Sains Labuan Haji Mahamad Shukri Said yang memberikan komitmen terbaik dengan sokongan moral kepada pasukan itu.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru Pendidikan Agama Islam yang turut bekerjasam­a membantu kejayaan SM Sains Labuan. Kami akan memberikan persembaha­n terbaik di Perlis kelak,” katanya.

 ??  ?? RAISIN (tiga kiri) dan Yahya (kiri) bersama Kumpulan SMSL yang akan mewakili Labuan ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kebangsaan.
RAISIN (tiga kiri) dan Yahya (kiri) bersama Kumpulan SMSL yang akan mewakili Labuan ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia