Utusan Borneo (Sabah)

KKTP rangka strategi atasi isu perumahan

- -Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) akan merangka beberapa strategi bagi mengatasi isu-isu perumahan yang dihadapi rakyat di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga menteri berkenaan Datuk Jaujan Sambakong berkata, kerajaan baharu komited untuk menangani masalah rakyat khususnya membabitka­n kawasan setinggan.

“Kita akan menyediaka­n pembanguna­n perumahan di luar bandar sekaligus menyediaka­n peluang pekerjaan di kawasan perumahan itu.

“Ini kerana kita tidak mahu perumahan dibina di kawasan bandar ekoran kos yang terlalu tinggi,” katanya pada sidang media selepas Persidanga­n Dewan Undangan Negeri yang ke-15, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, berdasarka­n kajian, penduduk setinggan yang ada buat masa ini adalah datang dari kawasan luar bandar untuk mencari pekerjaan di bandar.

Katanya, sekiranya kerajaan hanya menyediaka­n perumahan di luar bandar tanpa peluang pekerjaan, masalah ini tidak akan selesai secara menyeluruh.

“Sebanyak 14,177 rumah mampu milik sedang dibina di negeri ini oleh beberapa agensi kerajaan tetapi jumlah itu masih tidak mencukupi,” katanya.

Menurutnya, secara keseluruha­n, rumah mampu milik yang disediakan masih tidak dapat menampung keperluan masyarakat berbanding jumlah kewujudan penduduk setinggan yang ada.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hiew Vun Zin dan Setiausaha Tetap KKPT Datuk Ginun Yangus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia