Utusan Borneo (Sabah)

Syed Saddiq sedia terima kritikan

-

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan baharu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersedia menerima setiap kritikan terhadapny­a dengan hati terbuka.

Anggota Parlimen Muar tu berkata beliau menyedari hingga kini, masih ramai yang mempersoal­kan kemampuann­ya dilantik sebagai menteri pada usia muda selepas pertama kali bertanding dalam pilihan raya dan memenangin­ya pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas.

“Saya terima dengan hati terbuka dan cara terbaik menjawab kritikan itu ialah tidak menjadikan­nya isu peribadi.

“Sebaliknya, menjawab dengan gerak kerja saya di kementeria­n ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis taklimat dan sesi serah tugas daripada Khairy Jamaluddin, di Menara Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), di sini pada Selasa.

Syed Saddiq, 25, menteri kabinet paling muda memulakan tugasnya secara rasmi di kementeria­n hari ini setelah mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia bersama 12 menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri di hadapan Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, semalam.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut mengakui dan sedia maklum mengenai kewujudan petisyen menolak beliau bagi pemilihan sebagai menteri, namun menganggap ia hanya salah faham.

Petisyen itu didakwa tular dalam media sosial seminggu selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14 lepas.

Sementara itu, bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin yakin Syed Saddiq dan timbalanny­a Steven Sim Chee Keong mampu membawa kejayaan lebih besar kepada KBS pada masa akan datang.

Anggota Parlimen Rembau itu berkata apa yang lebih membanggak­an adalah Syed Saddiq adalah produk KBS menerusi program Felo Perdana dan juga penerima anugerah Belia Perdana ketika beliau menerajui kementeria­n itu.

“Saya sangat kagum bahawa dalam tempoh yang singkat YB Menteri sudah buktikan ketokohan dan kebolehan beliau sebagai seorang pemimpin muda yang disegani dan dihormati kawan serta lawan.

“Harap rakyat Malaysia dapat beri peluang kepada beliau. Jangan kita melihat kepada usia…Kita perlu melihat kepada prestasi,” katanya.

 ?? -Gambar Bernama ?? SYED Saddiq (tengah) bersama Timbalanny­a Steven (kiri) memulakan tugas pada hari pertama mereka di Kementeria­n Belia dan Sukan di Menara KBS pada Selasa. Turut kelihatan Nik Abdul.
-Gambar Bernama SYED Saddiq (tengah) bersama Timbalanny­a Steven (kiri) memulakan tugas pada hari pertama mereka di Kementeria­n Belia dan Sukan di Menara KBS pada Selasa. Turut kelihatan Nik Abdul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia