Utusan Borneo (Sabah)

Penjara 10 tahun, sebat, jadi orang tengah aktiviti pelacuran

Jadi orang tengah aktiviti pelacuran

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang menjadi orang tengah bagi aktiviti pelacuran, dikenakan penjara sepuluh tahun dan satu sebat.

Hakim Mahkamah Sesyen Ainul Mohamad Shahrin menjatuhka­n hukuman itu terhadap Rizuan Minggu, 26, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku salah.

Tertuduh didakwa bersama Hendri Mordin, dengan niat bersama menjadi orang tengah untuk aktiviti pelacuran, ke atas seorang wanita warga Vietnam berusia 34 tahun.

Kesalahan dilakukan pada 8 Jun tahun lalu jam 10.45 malam, di sebuah lobi hotel, Bundusan, daerah Penampang.

Rizuan disabitkan mengikut Seksyen 372 (1) (f) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 32 kanun sama, memperuntu­kkan pemenjaraa­n selama 15 tahun dan sebat, atau denda.

Mengikut fakta kes, bertindak atas maklumat, sepasukan polis pergi ke hotel berkenaan dan menunjukka­n kad kuasa kepada dua lelaki, dikenali sebagai Hendri dan Rizuan.

Polis bersama kedua-dua tertuduh menuju ke sebuah bilik dan mengetuk pintu beberapa kali, lalu dibuka oleh seorang lelaki warga asing.

Serbuan ke dalam bilik itu mendapati ada seorang wanita warga asing, pemeriksaa­n lanjut menemukan barangbara­ng dipercayai digunakan dalam aktiviti pelacuran.

Tangkapan dilakukan terhadap kedua-dua tertuduh kerana terlibat dalam kegiatan berkenaan, serta barang kes dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Semasa rayuan, Rizuan memohon hukumannya diringanka­n, kerana mempunyai seorang ibu yang mempunyai penyakit kencing manis, selain perlu menanggung dua anaknya.

Namun Timbalan Pendakwara­ya Wan Farrah Wan Ghazali menegaskan, tertuduh melakukan kesalahan yang serius.

Menurutnya perbuatan itu menjejaska­n imej negara, serta menggalakk­an perbuatan tidak bermoral.

Beliau menegaskan, untuk melindungi kepentinga­n awam, hukuman berat harus dikenakan terhadap tertuduh.

Ainul memerintah­kan Rizuan menjalani pemenjaraa­n bermula dari tarikh tangkap.

Selain itu, turut ditetapkan pada 7 Ogos untuk semakan waran tangkap terhadap Hendri, yang gagal hadir di mahkamah.

Tertuduh didakwa bersama Hendri Mordin, dengan niat bersama menjadi orang tengah untuk aktiviti pelacuran, ke atas seorang wanita warga Vietnam berusia 34 tahun.

 ??  ?? RIZUAN (kanan) diiringi anggota polis, keluar dari kamar mahkamah.
RIZUAN (kanan) diiringi anggota polis, keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia