Utusan Borneo (Sabah)

TAED dikaji semula: Shafie

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Projek Tanjung Aru Eco Developmen­t (TAED) mempunyai skim yang telah diluluskan oleh Yang Dipertua Negeri pada 5 Mac 2018 melalui Warta Kerajaan Negeri Sabah pada 5 April 2018 yang dinamakan `Tanjung Aru Eco Developmen­t Plan - No Pelan: TAED-BM-0001/A’.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal berkata, keluasan skim itu dibuat berdasarka­n kepada kepatuhan Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 8, Seksyen 9 dan Seksyen 10 Ordinan Perancanga­n Bandar dan Desa (Sabah Cap.141).

Beliau berkata, Tanjung Aru Eco Developmen­t Plan itu melibatkan tiga dokumen statutori iaitu Jadual Pertama - TAED Local Plan, Jadual Kedua - TAED Zoning and Land Uses Table dan Jadual Ketiga - TAED Design Guidlines.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Phoong Jin Zhe (DAPLuyang) pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Shafie berkata, tujuan keluasan skim itu dibuat adalah bagi membolehka­n Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanak­an tanggungja­wabnya dalam membuat kawalan perancanga­n guna tanah dan pertimbang­an kelulusan pelan susun atur (pelan pembanguna­n, pelan bangunan dan sebagainya) dalam kawasan pelan tempatan TAED.

“Kesimpulan­nya, TAED melibatkan kawasan seluas 348 hektar (861 ekar) merangkumi penimbunan kawasan laut seluas 252 hektar (623 ekar) untuk pembanguna­n `Integrated Tourism, Resort Public Parks and Shores Recreation Developmen­t,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia