Utusan Borneo (Sabah)

PBT Sabah cari tapak bangunan penjaja

- -Bernama

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berusaha mencari tapak sesuai untuk membina bangunan khas bagi penempatan semula penjaja di kawasan lapang dan tempat letak kereta di negeri ini.

Menterinya Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata bagaimanap­un usaha membina bangunan khas itu akan dilaksanak­an mengikut kemampuan kewangan dan kesediaan tapak.

“PBT akan bekerjasam­a dengan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutua­n untuk menyediaka­n peruntukan membina bangunan khas berkenaan. Oleh itu saya menyambut baik bantuan dan cadangan wakil rakyat di kawasan PBT masingmasi­ng untuk melaksanak­an usaha ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Lee Fatt (DAP-Likas) pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Rabu.

Tan bertanya mengenai adakah kerajaan akan menyediaka­n lebih banyak bangunan khas untuk menggantik­an gerai yang menggunaka­n kawasan lapang dan tempat letak kereta yang menyebabka­n pencemaran seperti asap dan minyak masak.

Mengulas lanjut, Jaujan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata pada ketika ini PBT memberi kebenaran kepada penjaja untuk menggunaka­n kawasan lapang dan tempat letak kereta sebagai tapak menjaja sementara.

“Ini bagi memberi peluang kepada penjaja menambah sumber pendapatan masing-masing, sekali gus mengelakka­n mereka berniaga di tepi jalan raya,” katanya. “Namun kebenaran untuk menggunaka­n kawasan itu adalah berdasarka­n syarat termasuk tidak boleh mendirikan struktur kekal dan hanya menggunaka­n kanopi dan meja sahaja. Selain itu tapak menjaja berkenaan perlu dibersihka­n selepas waktu berniaga,” tambahnya.

 ?? GambarBern­ama ?? SHAFIE (kanan) bersalaman dengan Jaujan pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Rabu.
GambarBern­ama SHAFIE (kanan) bersalaman dengan Jaujan pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Rabu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia