Utusan Borneo (Sabah)

Tutup semua restoran tanda masalah serius

-

KOTA KINABALU: Dewan Perniagaan India Muslim Sabah (DPIM) mencadangk­an semua restoran di Sabah terutama restoran India muslim ditutup dua hari atau 48 jam sebagai tanda masalah ketiadaan pekerja di negeri ini adalah sangat serius dan perlu diselesaik­an segera.

Penasihatn­ya Datuk Baisul Khan berkata, walaupun kerajaan negeri sedang berusaha menyelesai­kan masalah itu, namun bermula 1 julai yang lalu, pihak imigresen habis-habisan membuat serbuan ke premis-premis restoran India muslim dan banyak majikan yang berdepan tindakan berat. Kompaun yang membebanka­n juga telah dikeluarka­n.

“Kita bukan mahu perkara seperti ini, kita bukan suka-suka atau sengaja menggaji pendatang asing, akan tetapi atas ketiadaan sumber tempatan, terutama yang beragama Islam yang sanggup bekerja di restoran siang dan malam, sanggup menahan tekanan kerja kerana kerenah pelanggan yang berbeza, sukar dicari.

“Kita mahu agensi kerajaan dan kerajaan negeri selesaikan segera masalah pekerja, bukannya membuat serbuan berterusan, tetapi bersedia menyelesai­kan masalah yang ada. Jika ada sumber tempatan yang bersedia untuk kerja di restoran kami, kita akan mengaji mereka,” katanya.

Sebelum ini katanya, peniaga India muslim telah banyak menyuaraka­n masalah itu sejak beberapa tahun lalu, namun keadaan semakin parah dan kini hampir semua perniagaan tidak dapat dijalankan. Ramai yang sudah gulung tikar dan lari ke Semenanjun­g. Akibatnya, sektor makanan di Sabah masih jauh ketinggala­n.

Baisul berkata DPIM juga berpendapa­t hanya dengan tukang masak asing, sukar meneruskan perniagaan restoran, kerana barisan hadapan terutama pelayan dan bahagian kebersihan sukar dicari.

Pihaknya tidak tahu mahu mencari di mana lagi. Sebab itu mereka meminta kerajaan campur tangan menyelesai­kan masalah itu.

“Imigresen melarang pekerja asing India berada di barisan hadapan restoran, jadi siapa yang boleh kita gunakan untuk melayan pelanggan? Siapa yang akan membantu majikan menguruska­n perniagaan?

“Sebagaipen­asihat,sayamenjem­put semua peniaga restoran termasuk restoran Cina, Melayu dan lain lain yang ada masalah kekurangan pekerja menutup perniagaan pada satu tarikh yang akan kami beritahu melalui notis sebagai satu cara menyampaik­an masalah kita kepada pihak kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia