Utusan Borneo (Sabah)

Majikan didakwa mengupah migran haram

- - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang majikan didakwa atas pertuduhan mengupah seorang migran haram, di Mahkamah Sesyen di sini.

George Voo Yu Loong, 26, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah, di hadapan Hakim Azreena Aziz.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55 B (1) Akta Imigresen 1959/63, mengupah seorang lelaki migran haram berusia 38 tahun.

Kesalahan didapati dilakukan pada 20 April jam 10.40 pagi, di kilang minyak Tar Evo Active Sdn Bhd, Jalan Beacon Batu 30, Kimanis, daerah Papar.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 2 Ogos dan tarikh perbicaraa­n pada 22 hingga 23 Oktober, terhadap tertuduh.

Sementara menunggu kes selesai, tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM5,000 deposit RM2,500 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Sabit salah boleh dikenakan denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara selama 12 bulan, atau kedua-duanya untuk setiap pekerja.

Dalam kes berasingan, 17 warga asing dikenakan penjara antara empat bulan hingga lima bulan dan satu sebatan, kerana memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Mereka yang berusia antara 20 tahun hingga 40 tahun, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku salah mengikut Seksyen 6 (1) (c) akta sama.

Bagaimanap­un tiada sebatan dikenakan terhadap enam pesalah wanita serta mereka yang berusia 20 tahun.

Azreena memerintah­kan semua tertuduh menjalani pemenjaraa­n terbabit bermula dari tarikh tangkap, seterusnya dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Semua pendakwaan berkenaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa ASP Sabrina Jinius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia