Utusan Borneo (Sabah)

Memandu mabuk: Enam pesalah trafik didenda

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Enam pesalah trafik antaranya seorang wanita dikenakan hukuman denda, oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.

Mereka dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda antara RM1,000 hingga RM6,000 atau penjara selama tempoh setahun.

Esterlina Pandi Marten dan Mohammad Khairul Salleh masing-masing dikenakan denda RM1,200, Chung Shim Choi, Ong Szu Pin, Jackpailo Christir Labungan, dan Julian Wong didenda RM1,800, RM1,500, RM2,500 dan RM3,000.

Jika gagal membayar denda terbabit, mahkamah memerintah­kan penjara selama seminggu dikenakan.

Dalam kes berasingan, empat lelaki dikenakan denda sebanyak RM800 atau penjara seminggu atas kesalahan memandu tanpa lesen.

Muhammad Azmin Abdul Razak, Mohd Farizwansy­ah Ahmadshah, Yanto Harianto dan Adrian Peter dijatuhkan hukuman itu, selepas kertas pertuduhan dibacakan dan mengaku salah.

Mereka disabitkan mengikut Seksyen 26 (1) akta sama, memperuntu­kkan denda minimum RM300 dan maksimum RM2,000, atau penjara selama tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.

Semasa rayuan, semua tertuduh yang tidak diwakili peguam berusia antara 22 tahun hingga 30 tahun, memohonaga­rjumlahbay­aran denda mereka dikurangka­n.

Bagaimanap­un, Pegawai Pendakwa Insp Sallehudin Sulaiman meminta hukuman yang setimpal dikenakan terhadap semua tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia