Utusan Borneo (Sabah)

Media berang penyokong Najib buat kecoh, sidang media tergendala

- Bernama

KUALA LUMPUR: Suasana di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kecoh sebentar apabila kumpulan penyokong Datuk Seri Najib Razak mendesak Peguam Negara Tommy Thomas mengadakan sidang media dalam bahasa Melayu.

Mereka melaungkan ‘Melayu’ dan ‘Hidup Najib’ sehingga menyebabka­n sidang media oleh Peguam Negara itu terganggu dan seterusnya dipindahka­n ke tingkat 5 bangunan itu.

Seorang petugas media yang berang dengan provokasi penyokong Najib yang mengganggu sidang media itu berteriak kepada kumpulan terbabit; “Kami tunggu dah berapa jam, korang bising!

Antara penyokong Anggota Parlimen Pekan itu yang melakukan provokasi dan kekecohan adalah pelakon Ellie Suriaty, yang diberi amaran oleh polis. Ellie dan beberapa individu lagi kemudianny­a dibawa keluar daripada lobi mahkamah itu oleh polis.

Sebelum itu polis telah memberi amaran kepada timbalan ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz kerana menimbulka­n provokasi dengan melaung ‘Hidup Najib’ apabila bekas perdana menteri itu memasuki kompleks mahkamah.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kekecohan itu dan polis membawa mereka yang terbabit ke luar perkaranga­n mahkamah.

“Mahkamah bukanlah tempat untuk membuat bising dan kami telah mengeluark­an amaran kepada mereka yang membuat kekecohan kecil dalam mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Dalam pada itu, Munusamy berkata polis telah menugaskan seramai 200 pegawai dan anggota bagi mengawal keselamata­n di kompleks mahkamah itu.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgu­nakan jawatannya berhubung dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia