Utusan Borneo (Sabah)

Najib yakin dapat bersih nama melalui proses keadilan

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan terhadapny­a sudah dijangka dan yakin akan dapat membersihk­an namanya menerusi proses keadilan.

“Saya tidak bersalah. Ini merupakan peluang terbaik untuk saya membersihk­an nama saya setelah ditohmah dan dituduh,” katanya.

Katanya beliau turut menghormat­i keputusan hakim yang mengeluark­an perintah larangan supaya tidak boleh bercakap lebih tentang pertuduhan terhadapny­a.

“Kalau inilah harga yang terpaksa saya bayar, kerana selama 42 tahun saya berkhidmat untuk rakyat, saya reda.

“Apa yang saya harap dan doakan bahawa proses keadilan ini merupakan proses yang benar-benar adil,” katanya kepada pemberita selepas selesai prosiding pendakwaan terhadapny­a berhubung kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Najib kelihatan tenang apabila meninggalk­an perkaranga­n kompleks mahkamah itu.

Ikat jamin beliau sebanyak RM1 juta dibayar secara ansuran RM500,000 oleh dua anaknya iaitu Nooryana Najwa dan Norashman di mahkamah pada kira-kira 2.45 petang.

Anggota Parlimen Pekan berkenaan tiba pada kira-kira 8.17 pagi di mahkamah tersebut dan keluar pada kira-kira 3.27 petang dengan kawalan ketat beberapa anggota polis.

Pada Selasa, Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) mengesahka­n Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada kira-kira 2.35 petang.

Najib dikenakan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan menyalahgu­nakan jawatannya berkaitan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. SRC Internatio­nal ialah bekas anak syarikat 1MDB.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia