Utusan Borneo (Sabah)

Azman kembali bertugas di Japen Sabah

-

LABUAN: Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Wilayah Persekutua­n Labuan Azman Sipan kembali bertugas di Japen Sabah.

Azman, 48, yang bertugas di Japen Labuan sejak Disember 2016 akan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Japen Sabah.

Beliau yang berasal dari Kampung Kawang, Papar akandigant­ikanolehTi­mbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa.

Azman berharap pengamal media akan terus bekerjasam­a dengan kepimpinan jabatan dan agensi kerajaan khususnya Japen Labuan bagi memantapka­n lagi urusan pentadbira­n di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Pengamal media perlu memainkanp­erananlebi­haktif dengan menjalin kerjasama erat dengan jabatan dan agensi kerajaan di Pulau Labuan termasuk Jabatan Penerangan Labuan,” katanya.

Beliau yang juga penasihat Persatuan Media Labuan ditemui pada majlis makan malam perpisahan anjuran Persatuan Media Labuan di sini, malam Selasa.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Supian, Pengarah Penyiaran Labuan Rohani Harithuddi­n dan Pengarah Jasa Labuan Rahimah Lamat.

Selain Azman, Persatuan Media Labuan juga meraikan perpisahan wartawan RTM Labuan, Mohd Shahreyzam Awang yang bertukar ke Kota Kinabalu.

Shahreyzam, 30, yang berasal dari Sipitang berkhidmat di RTM Labuan sejak setahun lalu dan pernah menabur bakti di RTM Angkasapur­i Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Media Labuan Jainudin Djimin mengucapka­nterimakas­ihdan penghargaa­n kepada Azman yang banyak memberikan nasihat serta pandangan selain komited terhadap pengamal media di wilayah ini.

“Ucapan terima kasih juga kepada rakan media Mohd Shahreyzam yang telah menjalanka­n tugasnya dengan baik bersama RTM Labuan,” katanya.

 ??  ?? AZMAN (berdiri, tiga kanan) dan Bashir (duduk, tiga kanan) bersama pemimpin masyarakat yang menghadiri majlis itu.
AZMAN (berdiri, tiga kanan) dan Bashir (duduk, tiga kanan) bersama pemimpin masyarakat yang menghadiri majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia