Utusan Borneo (Sabah)

Lagi tuduhan berkaitan 1MDB sebaik kertas siasatan baharu diterima: AG

- Bernama

KUALALUMPU­R:JabatanPeg­uamNegaraa­kanmengemu­kakan lebih banyak pertuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) sebaik saja ia menerima kertas siasatan (IP) baharu daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Negara (AG) Tommy Thomas berkata sebarang tuduhan baharu bergantung pada IP seterusnya yang diserahkan ke pejabatnya, namun beliau yakin lebih banyak IP akan dikemukaka­n berkaitan dengan dana pelaburan negara itu.

“Kes hari ini adalah IP pertama yang sampai di meja saya, bila saya masuk bertugas tiga minggu lalu, tidak ragu akan ada IP lagi,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Terdahulu, Thomas mengetuai pasukan pendakwa terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan jenayah Pecah Amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kekecohan yang berlaku di lobi mahkamah ketika beliau hendak mengadakan sidang akhbar sebelum itu, Thomas berkata beliau agak terkejut kerana menjangka beliau hanya perlu menjawab daripada media.

Venue sidang akhbar itu terpaksa dipindahka­n dari lobi ke tingkat lima selepas penyokong Najib mengganggu Thomas dan media kerana mereka mahu sidang akhbar berlangsun­g dalam bahasa Melayu.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia