Utusan Borneo (Sabah)

JHL rampas spesies dilindungi

Di Kg Kibabaig Penampang dan Kepayan

- Oleh JOHN TAMBANAN MONYET Macau berekor panjang turut dirampas

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah merampas burung dan monyet (Long-tailed Macaque) yang dipelihara tanpa permit yang sah.

Spesies berkenaan dirampas oleh anggota penguatkua­sa JHL di dua tempat berasingan di Penampang.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata, rampasan pertama iaitu spesies pertama dibuat di sebuah premis di Kepayan.

“Sementara rampasan kedua iaitu monyet Longtailed Macaque dirampas di Kampung Kibabaig,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Rabu.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, rampasan itu dibuat selepas menerima laporan daripada orang ramai menerusi aplikasi Whatsapp yang melaporkan bahawa sebuah premis di Kepayan disyaki memelihara burung dilindungi secara haram.

“Dalam laporan yang sama, sebuah premis di Kg Kibabaig juga disyaki menyimpan monyet Long-tailed Macaque juga secara haram. Kedua-dua laporan ini dibuat pada Isnin,” katanya.

Berikutan itu katanya, pasukan penguatkua­sa daripada JHL telah dihantar untuk membuat pemeriksaa­n di kedua-dua premis berkenaan pada Selasa selepas memperoleh waran carian daripada mahkamah.

Di premis pertama anggota penguatkua­sa menjumpai seekor burung Shama putih, seekor burung Magpie Robin dan tujuh anak burung kakaktua biru yang disimpan di dalam beberapa sangkar burung kecil.

Pemilik premis berusia 63 tahun terbabit gagal menunjukka­n pemilikan mengikut undang-undang.

Christina berkata, semua burung disenaraik­an di bawah Bahagian I Jadual 2 Enakmen Pemulihara­an Hidupan Liar 1997.

Beliau menegaskan memelihara burung tanpa permit adalah kesalahan mengikut Seksyen 41 (2) enakmen itu di mana, apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM30,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau dipenjarak­an tidak kurang daripada enam bulan tetapi tidak lebih daripada lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Premis di Kg Kibabaig juga didapati memelihara seekor monyet Macau berekor panjang di dalam sangkar. Pemilik berusia 48 tahun juga gagal menunjukka­n permit untuk membuktika­n pemilikan mengikut undangunda­ng.

Christina menegaskan memelihara monyet tanpa permit yang sah juga membawa hukuman yang sama kerana spesies itu juga disenaraik­an di bawah Bahagian I Jadual 2 enakmen sama.

Burung-burung dan monyet Macau berekor panjang dirampas untuk siasatan lanjut.

JHL mengucapka­n terima kasih kepada orang ramai kerana memberikan maklumat berkenaan.

“Jabatan ini juga mengalualu­kan maklumat daripada orang ramai mengenai semua perkara yang berkaitan dengan hidupan liar,” katanya.

Maklumat boleh dihantar ke ketua unit penguatkua­saan melalui aplikasi Whatsapp atau SMS atau panggilan langsung di talian 0128166818.

“Rampasan itu dibuat selepas menerima laporan daripada orang ramai menerusi aplikasi Whatsapp yang melaporkan bahawa sebuah premis di Kepayan disyaki memelihara haram.” burung dilindungi secara CHRISTINA LIEW Timbalan Ketua Menteri/ Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan

dan Alam Sekitar

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN spesies burung yang dirampas.
SEBAHAGIAN spesies burung yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia