Utusan Borneo (Sabah)

Bukti kukuh hubungan dua hala

Pelantikan lima wakil rakyat Sabah dalam Kabinet Persekutua­n

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pelantikan lima Ahli Parlimen dari Sabah dalam Kabinet Persekutua­n adalah bukti jelas hubungan kerajaan negeri dengan Pusat sangat kukuh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai Azhar Matussin berkata, pelantikan itu sekaligus membuktika­n kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal diiktiraf sehingga di peringkat Persekutua­n.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana meletakkan lima anak Sabah di dalam Kabinetnya.

“Ini sesuatu yang cukup membanggak­an kerana jawatan yang diberikan adalah antara jawatan utama yang mampu membawa perubahan kepada negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, perkongsia­n kuasa yang ditunjukka­n itu adalah satu titik permulaan ke arah Malaysia baharu dan Sabah sejahtera.

Katanya, pelantikan Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking sebagai Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri secara tidak langsung mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah selain boleh menarik lebih banyak pelabur asing ke negeri ini.

Sementara itu, mantan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Parlimen Sipitang Noor Hayaty Mustapha berkata, pelantikan menteri dan timbalan menteri dari Sabah adalah selaras dengan aspirasi rakyat Sabah yang inginkan perubahan serta kemajuan.

“Ini menunjukka­n kerajaan Pakatan Harapan memberikan ruang dan peluang kepada pemimpin muda serta veteran dari Sabah yang berkeboleh­an untuk berganding bahu berkhidmat di peringkat Persekutua­n,” katanya.

Sementara mantan calon Warisan Parlimen Libaran Irwanshah Mustapa berkata, pelantikan itu dilihat sebagai satu isyarat bahawa Sabah diperlukan dalam pembanguna­n negara dari pelbagai sudut.

“Pelantikan Datuk Muhammadin Ketapi sebagai Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya adalah satu petanda baik bahawa industri pelanconga­n negeri ini akan terus berkembang pesat.

“Peningkata­n kedatangan pelancong sekaligus mampu mewujudkan peluang pekerjaan dan industri hiliran yang berkaitan,” katanya.

Azami Bongsu yang juga ahli Warisan melihat kesemua pelantikan wakilwakil daripada parti itu di sini adalah satu penghargaa­n tinggi daripada kerajaan Pusat.

“Ini membuktika­n Warisan mempunyai wakil yang layak, berdaya saing, mempunyai wawasan jauh selain mampu berdiri seiring dengan wakil dari parti lain di Malaysia.

“Pelantikan itu sekaligus mampu mengukuhka­n lagi Warisan di Sabah,” katanya.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana meletakkan lima anak Sabah di dalam Kabinetnya. Ini sesuatu yang cukup membanggak­an kerana jawatan yang diberikan adalah antara jawatan utama yang mampu membawa perubahan kepada ” negeri ini. AZHAR MATUSSIN, Ahli Dewan Undangan Negeri Karambunai

 ??  ?? NOOR HAYATY
NOOR HAYATY
 ??  ?? AZHAR
AZHAR
 ??  ?? IRWANSHAH
IRWANSHAH
 ??  ?? AZAMI
AZAMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia