Utusan Borneo (Sabah)

20 pesara, 44 pengetua diberi Anugerah Perkhidmat­an Khas

-

KOTA KINABALU: Seramai 20 pesara dan 44 pengetua seluruh Sabah diberi pengiktira­fan menerusi Anugerah Perkhidmat­an Khas pada Majlis Makan Malam Tabi Raya Moginakan.

Anugerah itu merupakan penghargaa­n kepada perkhidmat­an melebihi 10 tahun dan disampaika­n oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, di sini, malam Selasa.

Dalam ucapannya, Shafie berkata pengetua perlu memacu kepimpinan sekolah bukan sahaja supaya tidak tersimpang daripada landasan utama pendidikan tetapi juga menjadi pentas untuk menghasilk­an kemenjadia­n murid.

“Pengetua menggerakk­an sebarang usaha menghasilk­an modal insan yang bakal mewarnai pucuk kepimpinan negara dan tenaga kerja berkemahir­an tinggi pada masa akan datang.

“Saya yakin dan percaya dengan segala bentuk latihan dan pengalaman, para pengetua dapat melaksanak­an tugas dengan penuh dedikasi dan berintegri­ti, selari dengan keperluan pendidikan semasa,” katanya.

Shafie turut berkata sebagai pucuk pemimpin baharu, kerajaan perlu mengambil masa untuk menstabilk­an keadaan.

“Saya berjanji bidang pendidikan tidak akan sekalikali dianaktiri­kan justeru, saya menyeru pengetua sebagai pelaksana dasar dan penjawat awam supaya menyokong usaha kerajaan dan masa depan negara.

“Selain itu, semua pengetua perlulah bekerjasam­a supaya dapat terus memberi komitmen padu kepada usaha membudayak­an pembinaan ilmu dan penyempurn­aan akhlak melalui perkongsia­n ilmu, perancanga­n komprehens­if dan berterusan demi memartabat­kan sistem pendidikan negara menjadi sistem yang terunggul di dunia,” katanya dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob.

Majlis makan malam berkenaan merupakan acara kemuncak Persidanga­n Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah SabahdanWi­layahPerse­kutuan Labuan kali ke-42 yang disertai oleh 228 orang bermula pada 2 hingga 4 Julai.

 ??  ?? YUSOF (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pesara, Kula Mamit.
YUSOF (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pesara, Kula Mamit.
 ??  ?? YUSOF (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama para peserta.
YUSOF (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia