Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa KAK akan diperkasa: Mukhriz

-

ALOR SETAR: Jawatankua­sa Kompetensi, Akauntabil­iti dan Ketelusan (KAK) Kedah akan diperkasak­an lagi bagi memberi jaminan agar urus tadbir kerajaan negeri berada pada tahap yang diharapkan rakyat negeri ini, kata Menteri Besar Kedah Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya jawatankua­sa itu yang dipengerus­ikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, mempunyai kuasa memanggil siapa juga seperti ketua jabatan atau ketua eksekutif syarikat berkaitan kerajaan bagi mengadakan perbincang­an berhubung perkara berkaitan.

“Jawatankua­sa ini juga akan diberi kuasa mengesyork­an kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri berhubung apa tindakan sekiranya perlu patut diambil ke atas manamana pihak didapati menyalahi sebarangpe­raturanata­ulanggar undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini pada Rabu.

Katanya, jawatankua­sa itu amat penting kerana ia seiring dengan Jawatankua­sa KiraKira Kewangan Negeri (PAC) untuk menerima sebarang laporan dan membangkit­kan perkara yang melibatkan aspek urus tadbir kerajaan negeri.

“Iniuntukun­tukmemasti­kan tahap KAK sentiasa tinggi dan sebarang kelemahan dalam ketiga-tiga aspek itu akan kita cuba tangani sebaik mungkin,”

Dalam pada itu beliau berkata selepas ini Adun pembangkan­g juga akan dijemput menganggot­ai jawatankua­sa tetap di bawah portfolio exco-exco kerajaan negeri ke arah merapatkan lagi hubungan dengan pembangkan­g.

“Inilah pendekatan kita ambil di bawah Kedah baharu dimana urusan kerajaan negeri besama pembangkan­g dirapatkan lagi kerana kita dengar nasihat Speaker supaya ada semak dan imbang dalam pentadbira­n kerajaan negeri,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia