Utusan Borneo (Sabah)

Alumni UMS asal China sumbang pembanguna­n ekonomi Sabah

-

KOTA KINABALU: Seorang alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berasal dari negara China memilih berniaga di negeri ini untuk membantu pertumbuha­n ekonomi Sabah.

Michael He Long, bekas graduan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), berkata pelbagai jenis perniagaan telah dilaksanak­an bagi mencapai hasrat berkenaan sejak tamat pengajian pada tahun 2012.

“Saya menjalanka­n perniagaan solar, zink berteknolo­gi nano, restoran, hotel dan pusat pelanconga­n selepas sahaja menamatkan pengajian dan masih beroperasi sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan daripada Pengarah Pusat Alumni UMS Darwis Awang di pejabatnya di Kolombong Inanam.

Michael berkata, beliau juga bersedia untuk membantu mana-mana pihak khususnya alumni UMS yang ingin bekerjasam­a dan membangunk­an jaringan perniagaan bersama beliau.

“Saya percaya kerjasama ini sekali gus bukan sahaja dapat membantu rakanrakan alumni UMS yang lain tetapi dapat samasama merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi di negeri ini,” jelasnya.

Sementara itu, Darwis memaklumka­n lawatan berkenaan merupakan satu inisiatif Pusat Alumni UMS untuk bertemu, mempromosi dan membina jaringan bersama alumni di seluruh negara.

“Dalam masa yang sama, kita membantu mereka untuk berkongsi, menyebar luas dan mengembang­kan perkhidmat­an serta produk kepada sesama alumni UMS dan masyarakat.

“Program ini akan berterusan dengan menyasarka­n untuk menjejaki lebih ramai alumni di seluruh negara bagi memastikan jaringan kepakaran antara alumni UMS dapat diwujudkan sekali gus mampu menyumbang kepada pembanguna­n universiti ini serta masyarakat Malaysia amnya dan Sabah khususnya,” katanya.

 ??  ?? DARWIS (kiri) bergambar bersama Michael (kanan) semasa kunjungan itu.
DARWIS (kiri) bergambar bersama Michael (kanan) semasa kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia