Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited pastikan kelestaria­n industri balak

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Pembanguna­n Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) kini memulakan program yang menumpukan kepada bahan bukan berasaskan kayu seperti buluh untuk industri balak

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini untuk memastikan kelestaria­n industri balak, selain daripada menggunaka­n pokok daripada hutan ditanam.

“Kerajaan Sarawak komited ke arah pengurusan hutan yang lebih mampan dan oleh sebab itu, telah mengambil alternatif untuk menggunaka­n buluh bagi mengurangk­an pengeluara­n kayu balak dari hutan semula jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Penggunaan Kayu Dalam Struktur Pembinaan di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Selasa.

Turut hadir Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Pembanguna­n Industri Malcolm Mussen Lamoh dan Pemangku Pengurus Besar Pusaka Hashim Bojet.

Menurut Awang Tengah, pada masa ini 89 hektar tanah di Sabal telah dikenal pasti dan akan digunakan oleh Pusaka untuk melakukan projek perintis bagi penanaman buluh berskala besar dengan kerjasama pemain industri.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua menambah, Pusaka turut mengendali­kan latihan aktiviti huluan dan pemprosesa­n buluh sebagai persiapan untuk penubuhan projek pengeluara­n buluh dalam industri perkayuan pada masa akan datang.

“Buluh boleh menggantik­an kayu untuk digunakan dalam banyak produk seperti lantai, perabot, arang dan bahan binaan,” katanya.

 ??  ?? AWANG Tengah menyaksika­n Hashim (kiri) bertukar Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Pengarah Urusan Subur Tiasa Holdings Berhad DatUK Tiong Ing (kanan) untuk kerjasama dalam projek perintis penanaman buluh.
AWANG Tengah menyaksika­n Hashim (kiri) bertukar Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Pengarah Urusan Subur Tiasa Holdings Berhad DatUK Tiong Ing (kanan) untuk kerjasama dalam projek perintis penanaman buluh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia