Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n usahawan terus dipromosi di luar bandar

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus mempromosi­kan pembanguna­n usahawan terutama di kawasan luar bandar di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, malahan kerajaan juga akan menyediaka­n infrastruk­tur asas untuk memacu ekonomi komuniti setempat.

“Kekurangan kapasiti dalam kalangan usahawan akan diberi keutamaan dan kita terus membantu usahawan tempatan mengembang­kan usaha mereka.

“Selain itu Kerajaan Sarawak akan bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n untuk menarik pelabur datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah sempena Program Perubahan Budaya Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan (MIED) 2018 di sini pada malam Isnin.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan berkata, antara usaha lain juga dengan menganjurk­an misi perdaganga­n ke luar negara bagi menarik pelabur datang ke Sarawak.

Mengulas lanjut mengenai pelaburan, beliau berkata pada tahun lepas lebih daripada RM33 bilion nilai pelaburan yang ditarik di Taman Perindustr­ian Samalaju, Bintulu.

“Sementara di Samajaya, Kuching (Taman Teknologi Tinggi Samajaya di Kuching), lebih daripada RM12 bilion pelaburan pada tahun lalu.

“Lebih daripada 10,000 pekerjaan yang disediakan di Samajaya dengan lebih daripada 90 peratus tenaga kerja adalah penduduk tempatan,” katanya.

Awang Tengah memberitah­u, malahan ia menjana lebih daripada RM830 juta pendapatan bagi pekerja sementara nilai eksport yang dijana di Samajaya pada tahun lepas adalah RM3.7 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia