Utusan Borneo (Sabah)

Prestarian­g teruskan projek Imigresen bernilai RM3.5 Bilion

-

KUALA LUMPUR: Prestarian­g Bhd akan meneruskan projek perlindung­an sempadan bernilai RM3.5 bilion, yang secara khususnya dikenali sebagai Sistem Kawalan Imigresen Nasional, kata Pegawai Eksekutif Kumpulan Dr Abu Hasan Ismail.

Katanya, perjanjian tersebut telah ditandatan­gani pada 15 Julai 2017 semasa pemerintah­an kerajaan terdahulu.

“Setakat yang kami tahu, perjalanan projek itu tidak terganggu,” kata beliau kepada pemberita di sini selepas bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan yang mahu mengetahui perkembang­an mengenai projek berkenaan.

Buat masa sekarang, syarikat akan menunaikan tanggungja­wabnya kepada kerajaan dan memastikan kontrak akan berjalan pada masa yang ditetapkan.

Beliau ketika ditanya sama ada kerajaan Pakatan Harapan akan mengkaji semula atau memansuhka­n projek sistem kawalan imigresen, Abu Hasan menjawab: “Tidak yang kami ketahui”.

Sistem Kawalan Imigresen Nasional merupakan satu platform teknologi yang komprehens­if dan bersepadu bagi memodenkan aplikasi dan infrastruk­tur utama sistem imigresen dengan matlamat untuk memperting­katkan keselamata­n sempadan negara.

Perjanjian konsesi selama 15 tahun itu, telah dimeterai oleh anak syarikat Prestarian­g, Prestarian­g Skin Sdn Bhd pada 2017, yang seterusnya telah mendapat kelulusan secara prinsipal daripada Kementeria­n Dalam Negeri pada November 2016.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia