Utusan Borneo (Sabah)

Tiada jaminan harga beras rendah di bawah kaedah dagangan terbuka

Di bawah mekanisme pengimport tunggal, BERNAS menjaga kebajikan pesawah

-

SHAH ALAM: Tiada jaminan bahawa harga beras akan rendah jika kerajaan melaksanak­an pengimport­an beras melalui kaedah dagangan terbuka kepada syarikat-syarikat lain berikutan bantahan terhadap model semasa, yang mana Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) bertindak sebagai pengimport tunggal produk makanan ruji itu.

Ketua Pegawai Eksekutif BERNAS, Ismail Mohamed Yusoff berkata, di bawah mekanisme pengimport tunggal, BERNAS diberikan kepercayaa­n oleh kerajaan dalam memastikan­kebajikanp­esawah sebagai keutamaan sementara bekalan beras sampai kepada pengguna pada harga yang stabil dan mampu dibeli.

“Kira-kira 60 peratus daripada beras yang dimakan di negara ini pada masa ini dihasilkan oleh pesawah tempatan selain harga beras dikawal (oleh kerajaan). Polisi semasa juga menyatakan bahawa harga beras putih import, yang meliputi 30 peratus daripada penggunaan, harganya tidak boleh lebih rendah daripada beras tempatan.

“Jika anda bercakap mengenai beras putih, melainkan ada perubahan di sepanjang rantaian bekalan, daripada pesawah kepada pengilang dan pemborong, saya tidak nampak bagaimana harga yang pada masa ini dikawal boleh menjadi lebih rendah,” katanya pada taklimat media di sini, semalam.

Di bawah mekanisme itu, BERNAS berjaya melindungi kebajikan kira-kira 300,000 pesawah di seluruh negara dengan purata pendapatan bulanan antara RM835 dan RM1,550, sementara harga beras dapat dikekalkan antara yang termurah berbanding negara-negara Asia Tenggara, pada RM2.60 sekilogram dan tidak berubah sejak 10 tahun lalu.

Dalam perkembang­an sama, BERNAS mengulangi sokonganny­a terhadap industri beras dan padi tempatan dengan memastikan komuniti pesawah, pihak berkepenti­ngan dan kepentinga­n pengguna dijamin sejak berdekad lalu.

Sebagai tambahan dalam melindungi sekuriti makanan, Ismail berkata, BERNAS juga mengekalka­n mutu tuaian padi tempatan melalui proses penggredan, begitu juga terhadap beras import melalui jurunilai kualiti.

“Sejak lebih dua dekad, BERNAS bertanggun­gjawab dalam mengekalka­n sekuriti makanan – terutamany­a dengan menjaga pendapatan pesawah melalui kaedah memastikan pembelian hasil beras tempatan, dan akses pengguna kepada beras pada harga yang stabil dan dimampui.

“Kami akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani serta semua pihak berkepenti­ngan dalam industri ini untuk memastikan model operasi terbaik yang sesuai dengan industri padi dan beras tempatan.

“Kami percaya sistem yang ada pada masa ini memenuhi keperluan ini dan ia bergerak seperti seharusnya,” tambahnya.

Sementara itu, beliau berkata, BERNAS akan terus menyampaik­an dan melaksanak­an tanggungja­wabnya kepada industri dengan profesiona­l dan berkesan.

“Kami mengalu-alukan sebarang jemputan untuk membincang­kan bagaimana kami dapat memberikan perkhidmat­an yang lebih baik kepada industri dan melaksanak­an tanggungja­wab. BERNAS juga komited dalam mendukung kebajikan pesawah serta kepentinga­n pengguna selain akan terus menjadikan­nya sebagai keutamaan kami,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia