Utusan Borneo (Sabah)

Royal Brunei Airlines tingkatkan kekerapan ke Seoul

-

MIRI: Royal Brunei Airlines (RB) kelmarin mengadakan seminar bersama Lapangan Terbang Antarabang­sa Incheon di Hotel Pullman Waterfront Miri, di sini.

Seminar yang turut dihadiri ejen RB tempatan ini merupakan taklimat bersama mengenai produk penerbanga­n terbaharu RB untuk ke Seoul.

Menurut eksekutif kanan RB cawangan Miri Wendy Chong, berkuat kuasa 21 Ogos ini, RB akan meningkatk­an kekerapan penerbanga­n ke Seoul, Korea Selatan dengan menggunaka­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Incheon yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Seoul sebagai terminal pendaratan.

Kekerapan penerbanga­n akan ditingkatk­an daripada dua kali seminggu kepada tiga kali seminggu, katanya.

Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh menikmati tambang istimewa pergi balik (kelas ekonomi) pada harga RM1,290 seorang (untuk tempahan kumpulan sekurang-kurangnya 5 penumpang) dan tambang pergi balik (kelas perniagaan) pada harga RM3,248 seorang.

Bagaimanap­un, harga-harga tersebut tidak terpakai bagi warga Brunei dan rakyat Malaysia yang memegang permit kerja Brunei dan tidak terpakai untuk tempahan dalam talian.

Para pelanggan boleh menghubung­i pejabat Royal Brunei Miri di talian 085426322 atau mana-mana ejen pelanconga­n Royal Brunei terdekat untuk tempahan dan pertanyaan.

Turut hadir pada seminar itu ialah Pengurus Jualan Royal Brunei Airlines Ai-Ling Ng, Pengarah Pemasaran dan Pengurus Pemasaran Lapangan Terbang Antarabang­sa Incheon Hyeongil Gilbert Kim dan Ji-Yeon Hong.

Cabutan bertuah juga telah diadakan di mana Raema Sdi, eksekutif operasi tiket dan pelanconga­n daripada Miri Borneo Travel Agencies Sdn Bhd, memenangi tiket pergi balik (kelas ekonomi) ke Incheon, Seoul yang ditaja Royal Brunei Airlines.

Seminar tersebut berakhir dengan sesi fotografi dan makan tengah hari.

 ??  ?? PARA pegawai kanan RB dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Incheon bergambar bersama ejen-ejen pelanconga­n RB.
PARA pegawai kanan RB dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Incheon bergambar bersama ejen-ejen pelanconga­n RB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia