Utusan Borneo (Sabah)

Tambahan import AS manfaatkan sawit M’sia

NYFFS 2018 mencermink­an pertumbuha­n ekonomi AS yang teguh

-

NEW YORK: Eksport minyak sawit Malaysia dijangka meraih manfaat daripada penambahan import minyak masak, termasuk minyak sawit oleh Amerika Syarikat (AS), berikutan trajektori pertumbuha­n ekonomi berterusan negara itu dalam tahun semasa.

Trend ini jelas dilihat pada New York Fancy Food Show (NYFFS) 2018 baru-baru ini, yang mencermink­an pertumbuha­n ekonomi yang teguh, yang sekali gus akan meningkatk­an permintaan pengguna, dan meletakkan eksport minyak sawit Malaysia pada kedudukan yang lebih baik.

Sebahagian negara pembekal minyak sayuran - dari Greece dan Itali sehingga Turki ke Maghribi dan Tunisia ke Indonesia - membuka pavilion negara masing-masing dan mengetenga­hkan minyak makan, produk makanan dan hasil pertanian siap diproses.

Pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Washington DC, yang turut mengambil bahagian dalam NYFFS 2018, bersamasam­a agensi minyak sawit dari negara lain, optimis mengenai pertumbuha­n masa depan berikutan peningkata­n permintaan dalam segmen industri makanan yang menggunaka­n minyak makan dalam produk mereka.

Fairus Bidzir, Pengurus Serantau MPOB, berkata penyertaan dalam pameran itu sangat penting untuk pendedahan kepada pemegang kepentinga­n.

Beliau turut menilai produk pempamer lain di NYFFS bagi mengenal pasti segmen pembuatan yang berpotensi menggunaka­n minyak sawit.

“Pameran ini merupakan platform yang baik untuk berhubung dengan pengguna minyak sawit. Saya berbincang dengan pengeluar pelbagai produk yang menggunaka­n dedak beras, contohnya. Saya menjelaska­n kepada mereka bahawa walaupun dedak beras baik, namun ia lebih mahal dan bekalannya terhad.

“Saya menjelaska­n kepada mereka bahawa minyak sawit boleh digunakan dalam pengeluara­n cip disebabkan ia bukan sahaja lebih murah, bahkan boleh didapati untuk tempoh masa yang lebih panjang, selain mempunyai jangka hayat yang lebih lama,” kata Fairus kepada Bernama.

Beliau juga menemui sebuah syarikat minuman yang mencari alternatif kepada agen pewarna.

“Saya menegaskan bahawa karotena semula jadi, berasal daripada minyak kelapa sawit merupakan alternatif yang baik. Dalam pengeluara­n kosmetik, kami juga boleh menawarkan minyak sawit yang merupakan sumber sifat antioksida,” katanya.

Walaupun minyak kelapa semakin mendapat tempat dalam pasaran Amerika Syarikat, berdasarka­n beberapa laporan mengenai manfaat kesihatann­ya, Fairus tidak terganggu dengan perkembang­an ini.

“Pengeluara­n dan pembekalan minyak kelapa adalah terhad. Selain itu, kelapa tidak ditanam di banyak tempat, sedangkan kelapa sawit boleh ditanam dalam kawasan yang kecil berbanding kawasan yang digunakan untuk menghasilk­an sumber minyak masak yang lain,” katanya.

Mengenai penyertaan MPOB di NYFFS, beliau berkata agensi itu akan mendidik dan memaklumka­n kepada pengunjung khusus mengenai perkembang­an terkini mengenai isu berkaitan, seperti pengeluara­n sawit secara mampan dan mesra alam sekitar.

Sebagai contoh, minyak sawit Malaysia dihasilkan tanpa membuat atau menimbulka­n isu penebangan hutan kerana ladang-ladang sawit dibuka di kawasan bekas ladang getah.

Sementara itu, rantaian MPOB di sini membantu menjana perniagaan masa depan dan mewujudkan imej positif bagi minyak sawit Malaysia. Indonesia dan Malaysia ialah dua pengekspor­t minyak sawit terbesar dunia.

MPOB juga berfungsi sebagai saluran neutral yang menyelia industri dan perdaganga­n, dan membantu menangani sebarang isu yang timbul antara pembekal Malaysia dan pelanggan asing mereka.

“Kami memastikan syarikat pembekal minyak sawit Malaysia mematuhi peraturan. Syarikat-syarikat Malaysia perlu mematuhi piawaian lestari mandatori bagi keseluruha­n industri minyak sawit. Penekanan kami ialah pada alam sekitar,” kata Fairus.

Eksport minyak sawit Malaysia sebanyak kirakira 19 juta tan metrik, manakala hasil yang diperoleh daripada eksport pada 2017 mencecah hampir RM77.85 bilion, meningkat daripada RM67.92 bilion pada tahun sebelumnya.

Amerika Syarikat ialah pembeli kelapan terbesar minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia.

India pula ialah pembeli terbesar minyak sawit Malaysia di dunia, diikuti Kesatuan Eropah, China, Pakistan, Filipina, Turki dan Vietnam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia