Utusan Borneo (Sabah)

Potboy rintis jualan barangan runcit dalam dan luar talian

-

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmat­an jualan barangan runcit dalam talian tempatan, Potboy Grocery, akan menganjurk­an jualan runcit secara dalam sehingga luar talian (O2O) iaitu yang pertama seumpamany­a di Malaysia dengan membolehka­n pelanggan dalam talian membeli di luar platform tersebut.

Acara O2O selama tiga hari bermula 6 Julai itu akan diadakan di P2, Jaya One, Petaling Jaya, Selangor mulai jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Pengasas bersama PB Grocery Group Sdn Bhd, Eddie Chew berkata 18,000 pengunjung dalam dan luar talian dijangka menyertai acara itu dan mampu menjana jualan sehingga RM2 juta.

Menurutnya, acara O2O itu juga akan membolehka­n pelanggan membeli barangan runcit secara dalam talian tanpa perlu mengunjung­i acara tersebut.

“Kami mahu mendidik pelanggan mengenai transaksi tanpa tunai dan memanfaatk­an e-pembayaran sebagai kaedah alternatif bagi tujuan beli-belah. Pada masa sama, kami juga memberi mereka keselesaan untuk menjalanka­n aktiviti tersebut.

“Para pelanggan boleh membeli barangan runcit pada acara tersebut tanpa perlu bimbangkan kaedah bagi mengangkut­nya. Ini kerana kami boleh menghantar barangan itu sehingga ke rumah mereka secara percuma dan tanpa mengenakan sebarang syarat pembelian minimum,” katanya kepada Bernama.

Sebanyak 40 pembekal terkemuka seperti Coca-cola, Nestle, F&N, Hershey’s, Homesoy, Brand’s, Jasmine, MamyPoko dan sebagainya akan menyertai acara itu yang turut menawarkan potongan harga sehingga 75 peratus.

“Kami menawarkan barangan itu pada harga yang amat kompetitif pada acara itu nanti. Malah harga itu adalah jauh lebih rendah berbanding harga runcit sebenar,” katanya.

Menurut Chew, sebanyak 300 beg sagu hati akan turut diberi kepada pelanggan awal.

Potboy yang dibuka di Malaysia pada 2016, adalah dimiliki dan diuruskan oleh PB Grocery Group dan kini berpejabat di Lembah Klang.

Potboy Grocery juga merupakan peruncit bagi produk Suria KLCC, Astro, Getha, Sumbertech Ventures dan lainnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia