Utusan Borneo (Sabah)

TM aktif didagangka­n selepas umum pelan jalur lebar mampu milik

-

KUALA LUMPUR: Saham Telekom Malaysia Bhd (TM) aktif didagangka­n pada sesi pagi di Bursa Malaysia semalam susulan unjuran tinggi selepas mengumumka­n pelan jalur lebar mampu milik menerusi potongan harga.

Pada jam 11 pagi, saham TM melonjak 16 sen kepada RM3.47 dengan 24.17 juta saham bertukar tangan.

Public Investment Bank dalam nota kajiannya semalam berkata TM memperkena­lkan beberapa pelan jalur lebar baharu bagi mengekalka­n atau meluaskan penguasaan pasarannya, selain memenuhi aspirasi jalur lebar negara dari segi harga, kelajuan dan liputan.

“Pelan baharu termasuk pakej permulaan UniFi bagi 30 Mbps untuk segmen sasaran B40 kurang daripada RM100 sebulan, pelan turbo UniFi menawarkan lebih daripada sekali ganda kelajuan semasa pada harga yang sama dan pakej menaik taraf khusus untuk pelanggan Streamyx di kawasan liputan UniFi,” katanya.

Ia berkata berbanding pemotongan kos secara menyeluruh kepada semua pelanggan, TM hanya memberi penguranga­n harga jalur lebar kepada golongan berpendapa­tan rendah, manakala pelanggan sedia ada akan dinaik taraf kepada kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang menarik.

Ia berkata pada masa ini kira-kira 35 peratus pelanggan berada dalam kategori 30 Mbps atau lebih rendah, namun tidak semuanya diklasifik­asikan dalam segmen B40.

Kenanga Investment Bank dalam notanya pula berkata pakej mampu milik itu dijangka menarik lebih banyak penggunaan daripada segmen B40. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia