Utusan Borneo (Sabah)

Skim pinjaman perumahan bantu M40, B40 miliki rumah

-

PUTRAJAYA: Kerajaan dijangka memperkena­lkan satu skim pinjaman perumahan bagi memudahkan pembeli khususnya golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus pertengaha­n (M40) dan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) untuk memiliki rumah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata satu mesyuarat antara Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan beberapa agensi termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), institusi kewangan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kementeria­n Kewangan diadakan minggu lepas berhubung rumah siap yang tidak dijual di negara ini.

“Hasil mesyuarat itu, BNM dalam perancanga­n awal merangka satu garis panduan untuk memperkena­lkan satu pinjaman yang longgar dari segi syarat untuk memudahkan pembeli.

“Walaupun masih dalam peringkat awal, namun skim pinjaman yang penuh akan dibentangk­an kepada KPKT pada Ogos ini sebelum pakej (pinjaman perumahan) baharu boleh dilancarka­n untuk memanfaatk­an golongan M40 dan B40,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara( N API C) bahawa rumah siap bernilai RM22 bilion masih belum dijual di seluruh negara pada suku pertama tahun ini.

Zuraida berkata, antara faktor yang mendorong kepada rumah siap tidak dijual termasuk lokasi, kos yang tinggi dan faktor pinjaman.

Berhubung pembanguna­n semula tapak kondominiu­m Highland Towers di Hulu Kelang, yang terbiar selepas tragedi pada 1993, Zuraida meminta 27 pemilik unit kondominiu­m berkenaan tampil untuk membincang­kan pembanguna­n semula kawasan itu.

Beliau berkata, Jawatankua­sa Khas Highland Towers yang dipengerus­ikan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Seri M oh a mad M entek, sudah mengenal pasti 111 daripada 138 pemilik unit kondominiu­m di tiga blok Highland Towers, yang mana satu daripadany­a runtuh 23 tahun lalu sementara penghuni dua blok lain dipindahka­n dan kosong sehingga kini.

“Untuk merobohkan kawasan itu dan dibangun semula, kita memerlukan persetujua­n kesemua 138 pemilik unit kondominiu­m itu.

“Pemaju Highland Towers sudah dikenal pasti iaitu Regal Field Developmen­t Sdn Bhd. Mereka berasa gembira kerana boleh bergerak ke hadapan untuk membangunk­an semula kawasanitu.Syarikatit­usudah mengemukak­an beberapa cadangan pembanguna­n semula tapak itu.

“Sekiranya cadangan itu menarik, ia boleh menjadi satu usaha sama antara KPKT dan syarikat itu,” katanya.

Mohamad berkata, pemilik yang belum dikenal pasti boleh merujuk ke Jabatan Insolvensi atau KPKT sebelum 16 Julai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia