Utusan Borneo (Sabah)

Filem biopik beri tumpuan pada kehidupan bermasalah bintang Bollywood ‘Deadly Dutt’

-

SEBUAH biopik India yang keluar pada minggu lepas menceritak­an tentang kehidupan bermasalah bintang Bollywood, Sanjay Dutt, termasuk pergelutan­nya dengan ketagihan dadah dan hukumen penjara kerana menyimpan senjata haram.

Pelakon berbahasa Hindi itu, yang digelar ‘Deadly Dutt’, meringkuk selama empat tahun dalam penjara kerana memiliki senjata yang dibekalkan oleh gengster yang mendalangi siri serangan bom di Mumbai pada 1993, kejadian paling berdarah di India setakat ini.

‘Sanju’, yang kini ditayangka­n di India, meliputi tempoh sejurus sebelum Dutt muncul buat pertama kalinya di Bollywood dengan ‘Rocky’ - yang tidak ada kaitan dengan filem klasik Sylvester Stallone pada 1976 dengan nama yang sama - pada 1981sehing­ga dia dibebaskan daripada penjara pada 2016.

Pengarah Rajkumar Hirani dan penulis bersama Abhijat Joshi menemubual Dutt, lakonan Ranbir Kapoor, dengan meluas untuk cuba memahami motivasi di sebalik beberapa tindakanny­a.

“Saya berminat untuk menerokai kenapa dia melakukann­ya,” kata Hirani kepada AFP, dan menegaskan filem itu bukan satu laporan hagiografi tentang kehidupan pelakon berusia 58 tahun itu.

“Cerita itu disampaika­n seperti dilihat dari sudut pandangan kita. Biarlah orang ramai memutuskan siapa dia,” ujarnya.

Dutt menjadi masyhur pada pertengaha­n tahun 1980an dalam beberapa filem aksi di mana dia melakukan aksi ngeri sendiri, yang membolehka­nnya mendapat gelaran ‘Deadly Dutt’.

Namun bintang itu juga ada masalah dengan penyalahgu­naan bahan terlarang, termasuk heroin dan kokain, yang dikatakan telah dicetuskan oleh kesedihan selepas kehilangan ibunya, ikon skrin India, Nargis Dutt, disebabkan oleh kanser.

Dutt berehat seketika sebelum dia kembali dengan beberapa filem hit pada hujung tahun 80an, termasuk ‘Jeete Hain Shaan Se’ dan ‘Kanoon Apna Apna’.

Kejayaanny­a di ‘box office’ berterusan pada awal tahun 1990an dengan ‘Saajan’ dan ‘Khal Nayak’. - Letupan bom Bombay Namun

kehidupann­ya berubah dengan dramatik apabila dia ditangkap ekoran serangan bom bersepadu di Mumbai, ketika itu dipanggil Bombay, pada Mac 1993 yang mengorbank­an 257 orang.

Dutt pada akhirnya didapati bersalah pada 2006 atas tuduhan menyimpan senjata api yang dibekalkan oleh ketua-ketua mafia yang melancarka­n serangan.

Serangan itu dipercayai dilancarka­n oleh tokohtokoh dunia gelap Muslim untuk membalas rusuhan agama di mana kebanyakan orang Muslim terbunuh, ekoran pembakaran sebuah masjid purba di utara India.

Dutt menegaskan keduadua senjata api berkenaan hanya bertujuan untuk melindungi keluargany­a dalam suasana tegang di Mumbai ekoran kemusnahan masjid tersebut.

Dia pada asalnya dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun dan menghabisk­an masa selama 18 bulan dalam penjara sebelum dibebaskan dengan ikat jamin pada 2007, sementara menunggu rayuan.

Pada Mac 2013, Mahkamah Agung menegakkan pensabitan­nya tetapi mengurangk­an hukuman penjaranya kepada lima tahun, dan menghantar balik Dutt ke penjara untuk menjalani baki hukumannya selama tiga setengah tahun.

Dutt dibebaskan lapan bulan lebih awal pada Februari 2016. Lakonan terakhirny­a adalah dalam filem aksi ‘Bhoomi’, yang dikeluarka­n pada September 2017.

Hirani berkata dia dan Joshi telah menceritak­an tentang kehidupan Dutt dengan menyemak semula apa yang dia telah beritahu mereka dengan laporan polis, laporan peguam dan kesaksian rakan dan keluarga.

Pengarah itu menambah, filem itu juga akan menyentuh tentang ramai teman wanita bintang yang berkahwin tiga kali itu dan hubunganny­a yang sukar dengan bapanya, pelakon legenda India, Sunil Dutt.

“Filem itu tentang perhubunga­n,” katanya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PROMOSI FILEM ‘SANJU’: Gambar yang diambil pada 27 Jun 2018 ini menunjukka­n Ranbir Kapoor dalam satu majlis bagi mempromosi­kan filem ‘Sanju’ di Mumbai.
— Gambar AFP PROMOSI FILEM ‘SANJU’: Gambar yang diambil pada 27 Jun 2018 ini menunjukka­n Ranbir Kapoor dalam satu majlis bagi mempromosi­kan filem ‘Sanju’ di Mumbai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia