Utusan Borneo (Sabah)

Pasport Jho Low telah dibatal

-

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia telah membatalka­n pasport milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low pada 15 Jun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata pembatalan itu dilakukan atas permintaan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berhubung siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

“Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana,” katanya kepada media pada majlis sambutan Hari Raya Jabatan Imigresen di sini pada Rabu.

PejabatPer­danaMenter­isebelumin­i mengumumka­n penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalanka­n siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Dalam pada itu, Mustafar berkata pihaknya mengesahka­n bahawa Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ke luar negara dengan menggunaka­n ‘jalan tikus’.

“Sudah pastinya dalam hal ini, Jamal menggunaka­n jalan tikus melalui Tanjung Balai, Indonesia. Dia ditangkap di Jakarta Selatan dan pegawai saya di Jakarta juga telah menyerahka­n laporan kepada saya.

“Dia yang kini ditahan pihak berkuasa Indonesia bakal dihantar pulang ke Malaysia dan pihak kami akan mendakwany­a atas kesalahan imigresen yang berkaitan,” katanya.

Dua hari lalu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahka­n Jamal telah ditangkap oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).

Bekas calon ketua pemuda UMNO itu dikehendak­i polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapny­a.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia