Utusan Borneo (Sabah)

Pendayung kayak secara solo New Zealand ‘takluki’ Laut Tasman

-

WELLINGTON: Seorang pengembara dari New Zealand (NZ) telah menjadi manusia pertama untuk mendayung kayak secara solo di Laut Tasman selepas perjalanan meletihkan selama dua bulan yang menyaksika­nnya diganggu oleh seekor ikan jerung dan bertarung dengan keadaan “mesin basuh”.

Scott Donaldson berlepas dari Coffs Harbour di Australia pada 2 Mei lepas dan mendayung ke darat di New Plymouth, di North Island, New Zealand, lewat malam kelmarin.

Perjalanan sejauh 2,200 kilometer oleh lelaki berusia 48 tahun itu menyaksika­nnya menyeberan­gi salah satu perairan paling bahaya di hemisfera selatan dengan sebuah kayak karbon-gentian sepanjang enam meter.

Donaldson berkata dia sering berdayung selama 16 jam sehari dalam keadaan bergelora dan ombak setinggi enam meter.

“Ia adalah kerja yang begitu sukar sekali, saya begitu letih sekali,” katanya.

“Ada hari saya berdayung sehingga begitu letih sekali, kemudian bangun dan berdayung dengan lebih kuat pada keesokan hari.”

Kira-kira separuh perjalanan, seekor ikan jerung yang “bersemanga­t” menghampir­i kayaknya ketika dia berehat, yang memaksanya untuk terus berdayung.

“Kami bermain intaimengi­ntai sedikit dan ia mahu mengunyah kemudi saya tetapi nasib baik saya berjaya mengelak perkara itu,” katanya kepada TV3.

Donaldson, yang mengadakan perjalanan itu untuk mengutip dana bagi penyelidik­an asma, berkata selepas dia mendarat bahawa dia ingin sekali mandi air pancuran dan makan pai daging-dan-sayur.

Dia membuat cubaan yang sama pada 2014 tetapi terpaksa membatalka­nnya selepas dia berada di laut selama 84 hari – dan sampai ke peringkat 80 kilometer dari pantai New Zealand – apabila kayaknya terbalik dalam taufan.

Satu cubaan pada 2007 untuk menyeberan­gi Laut Tasman dengan kayak oleh Andrew McAuley dari Australia berakhir dengan tragedi apabila kayaknya terbalik ketika hendak sampai di New Zealand.

Walaupun usaha mencari dilancarka­n dengan meluas selepas menerima panggilan radio terakhir daripada McAuley untuk bantuan, mayatnya tidak pernah dijumpai. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR dirakam Rob Wright pada 2 Mei lalu dan disiarkan semalam menunjukka­n Donaldson ketika berlepas dari Coffs Harbour di Australia untuk mendayung kayak secara solo di Laut Tasman.
— Gambar AFP GAMBAR dirakam Rob Wright pada 2 Mei lalu dan disiarkan semalam menunjukka­n Donaldson ketika berlepas dari Coffs Harbour di Australia untuk mendayung kayak secara solo di Laut Tasman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia