Utusan Borneo (Sabah)

RSF bimbang pembunuhan wartawan, mesej kebencian meningkat di India

-

NEW DELHI: Badan pemantau media Pemberita Tanpa Sempadan (RSF) menyuaraka­n amaran semalam tentang India, selepas tujuh wartawan maut sejak 18 bulan lalu manakala gangguan dan penghinaan dalam talian meningkat dengan ketara.

“Pada 2017, kematian sekurang-kurangnya tiga wartawan yang dibunuh kerana ada kaitan dengan kerja mereka telah direkodkan dan kes keempat masih di bawah siasatan. Pada 2018, empat wartawan maut di negara itu dalam tempoh enam bulan pertama,” kata RSF.

“Selain itu, peningkata­n yang ketara berlaku dalam gangguan dan penghinaan dalam talian, dan dalam penapisan kendiri yang menyelubun­gi persekitar­an di mana wartawan menjalanka­n kerja mereka dalam ‘demokrasi terbesar di dunia’.”

RSF mengeluark­an satu ‘Laporan Insiden’, iaitu pemberitah­uan untuk memberi amaran tentang kemerosota­n kebebasan media, kali pertama organisasi tersebut berbuat demikian bagi manamana negara.

Ia juga memberi amaran kepada India bahawa ia berisiko jatuh lebih jauh lagi dalam Indeks Kebebasan Media Sedunia dari kedudukann­ya sekarang di tempat ke-138 daripada 180 tempat.

Pembunuhan terbaharu seorang wartawan ialah pembunuhan Shujaat Bukhari, pengarang sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris di wilayah rebutan Kashmir, yang ditembak mati di luar pejabat akhbar tersebut pada 14 Jun lepas.

Lebih 40 wartawan sudah dibunuh di India sejak 1992, menurut Jawatankua­sa untuk Melindungi Wartawan yang berpangkal­an di Amerika Syarikat.

Pemberita di India sering menghadapi gangguan dan ugutan daripada polis, ahli politik, birokrat dan geng jenayah.

RSF turut menegur kerajaan India berhubung gangguan dan kempen kebencian dalam talian oleh “tentera troll” yang dikaitkan dengan nasionalis Hindu yang setia kepada Perdana Menteri Narendra Modi.

Ia menyebut tentang kes wartawan Rana Ayyub yang mengalami “mimpi ngeri bak neraka” dengan mesej kebencian dalam talian, hinaan seksis, video lucah palsu dan seruan agar dia dirogol beramai-ramai dan dibunuh.

Buku Ayyub baru-baru ini ‘Gujarat Files: Anatomy of a Cover Up’ mendakwa kerajaan bersubahat dalam keganasan anti-Muslim sewaktu rusuhan pada 2002 di negeri barat Gujarat ketika Modi menjadi ketua menterinya.

Pengalaman Ayyub juga telah mengundang kritikan terhadap kerajaan India dari pegawai perhubunga­n khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail dirakam 20 Jun lalu menunjukka­n wartawan Kashmir Pakistan melaungkan slogan semasa membantah pembunuhan Shujaat Bukhari di luar pejabat akhbar harian berbahasa Inggeris di wilayah rebutan Kashmir, di daerah diplomatik di Islamabad.
— Gambar AFP GAMBAR fail dirakam 20 Jun lalu menunjukka­n wartawan Kashmir Pakistan melaungkan slogan semasa membantah pembunuhan Shujaat Bukhari di luar pejabat akhbar harian berbahasa Inggeris di wilayah rebutan Kashmir, di daerah diplomatik di Islamabad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia