Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan Guianus, Kona unggul

Larian Amal Sekolah Rendah Advent (SRA) 2018

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Pelari kebangsaan mendominas­i hampir kesemua kategori dalam Larian Amal Sekolah Rendah Advent (SRA) 2018 pada Ahad.

Pasangan pelari gunung, Guianus Salagan dan isteri Kona Liau menguasai larian veteran lelaki dan wanita manakala Fabian @ Omar Daiman dan Dr Madeline See masing-masing menjuarai kategori terbuka 10km lelaki dan wanita.

Kategori 5km remaja lelaki terbuka dimenangi peserta tuan rumah Franky Paulus dan Cecilia Sarawi (wanita) manakala Joshua Jax Simbaku beserta Amelina Wilson mengunggul­i kategori remaja bawah 12.

Pengerusi penganjur Lomina Gapid berkata, walaupun penganjura­n bersama dua buah SRA Damai dan Goshen diadakan buat kali pertama namun penyertaan amat menggalakk­an di mana seramai 685 menyertai larian lapan kategori bagi jarak 5km dan 10km itu.

Selain peserta dalam daerah, larian turut menerima penyertaan dari pelbagai daerah.

Guru Besar SRA Goshen, Jerry Wen dalam ucapannya memaklumka­n larian itu bertujuan mengumpul dana untuk pembanguna­n sekolah.

“Di samping beramal, larian ini diharapkan dapat menjadi platform melahirkan lebih ramai pelari muda untuk diketengah­kan di pelbagai larian yang lebih mencabar,” katanya.

Dalam kategori wanita terbuka 10km, keunggulan Dr Madeline yang berasal dari Kuala Lumpur tapi bertugas di Hospital Keningau disusuli Epang Sarawi di tempat kedua dan Anessa Lodungki (ketiga).

Kategori lelaki terbuka 10km, Fabian disusuli pelari Sukma SMK Bandau, Refson Tirip di tempat kedua dan Ruston Masri (ketiga).

Kategori lelaki veteran, Guianus disusuli Janius Anak di tempat kedua dan Yusuf Tungkap (ketiga).

Saingan 5km lelaki terbuka, Franky disusuli Hendry Lee di tempat kedua dan Danver Lesus (ketiga). Sementara kategori wanita, Cecilia disusuli Else Jumilin di tempat kedua dan Elyza Lai Nyuk Len (ketiga).

Kategori lelaki bawah 12 dimenangi Joshua Simbaku, diikuti Max de Frangco Simbaku di tempat kedua dan Athan Oneil Azlan (ketiga).

Kategori perempuan dimenangi Amelina Wilson diikuti Nicole Marconi di tempat kedua dan Sandra Natalia Dayou (ketiga). Hadiah-hadiah disampaika­n Jerry, Guru Besar SRA Damai Albert Simber, Pastor Duani Pantai dan Pengetua SMA Goshen, Sharon Laung.

 ??  ?? pemenang larian 10km lelaki terbuka.
pemenang larian 10km lelaki terbuka.
 ??  ?? (gambar atas) DUA bersaudara Joshua dan Frangco Simbaku bersama Athen menaiki podium
(gambar kiri) PARA
(gambar atas) DUA bersaudara Joshua dan Frangco Simbaku bersama Athen menaiki podium (gambar kiri) PARA
 ??  ?? MAX de Frangco dan Joshua Simbaku ungguli 5km lelaki bawah 12.
MAX de Frangco dan Joshua Simbaku ungguli 5km lelaki bawah 12.
 ??  ?? PEMENANG top 20 diunguli Guianus disertai Benjohn Simbaku.
PEMENANG top 20 diunguli Guianus disertai Benjohn Simbaku.
 ??  ?? KONA Liau bersama para pemenang top 20 veteran.
KONA Liau bersama para pemenang top 20 veteran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia