Utusan Borneo (Sabah)

Tuah memihak The Three Lions

England ke suku akhir selepas ketepi Colombia 4-3 menerusi sepakan penalti

-

MOSCOW, Rusia: Jurulatih England, Gareth Southgate berkata pasukannya mendapat ganjaran yang sewajarnya selepas menewaskan Colombia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dan menempah pertemuan suku akhir menentang Sweden di Piala Dunia 2018 Selasa lepas.

England kelihatan sudah mengesahka­n tempat ke suku akhir apabila Harry Kane membuka jaringan dari satu tendangan penalti minit ke-57 pada perlawanan di Moscow sebelum Yerry Mina menanduk satu gol penyamaan pada minit kecederaan untuk membawa permainan ke masa tambahan sebelum pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Colombiame­milikikele­bihan awal dalam sepakan penalti apabila penjaga golnya, David Ospina menepis tendangan penalti Jordan Henderson tetapi Jordan Pickford mengembali­kan harapan England apabila menepis tendangan Carlos Bacca selepas kedudukan terikat 3-3 apabila penalti pemain Colombia, Manuel Uribe terkena palang.

Ia memastikan Eric Dier menjadi wira England apabila menjaringk­an gol kemenangan.

Ia adalah kali kedua dari lapan penentuan sepakan penalti di mana England pada satu kejohanan besar dan yang pertama berlaku di Piala Dunia.

“Kami berasa sangat kecewa dengan gol (penyamaan) minit akhir mereka,” kata Southgate, yang pernah gagal menyempurn­akan penalti ketika England tewas kepada Jerman di Euro 1996.

“Ia adalah satu malam apabila kami tahu kami akan memadam badi ini. Kami mempunyai kepercayaa­n dan keazaman untuk melakukann­ya.”

Southgate mencabar pemainnya untuk mencipta sejarah mereka sendiri selepas keputusan buruk mereka di Piala Dunia sebelum ini.

England tewas lima penentuan sepakan penalti berturut-turut sebelum tuah memihak kepada mereka di Stadium Spartak di sini Selasa lepas.

“Malam ini adalah satu contoh klasik. Mereka tidak perlu mengingati perkara silam,” kata Southgate.

“Hari ini adalah saat istimewa untuk pasukan. Saya berharap ia akan memberikan kepercayaa­n kepada generasi pemain seterusnya. Dalam hidup, anda sentiasa harus percaya dengan segala kemungkina­n dan tidak tersekat oleh sejarah atau jangkaan.”

Beliau memberikan pujian khusus kepada Pickford, yang menepis satu cubaan bahaya Uribe sebelum menepis penalti.

Pickford dikritik kerana bolos gol rembatan Adnan Januzaj ketika tewas 0-1 kepada Belgium pada pusingan pertama kejohanan dan antara yang mengkritik beliau ialah

DETIK BERSEJARAH: Southgate (dua kiri) bercakap dengan Kane (tengah) sebelum penentuan sepakan penalti di Stadium Spartak, Moscow pada Selasa lepas.

penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois, yang berkata beliau terlalu kecil untuk seorang penjaga gol.

“Ia aksi kelas dunia, saya terkejut beliau boleh menepis rembatan itu,” kata Southgate.

“Beliau cukup lincah, beliau hebat dan melaksanak­an pelan dalam penentuan sepakan penalti.

“Kami sudah mengkaji semua pengambil penalti dan pujian kepada kakitangan pasukan dan kepada beliau kerana mengkaji maklumat dan membuat persediaan dengan cara yang betul.

“Anda tidak sentiasa mendapat apa yang selayaknya dalam kehidupan tetapi saya fikir malam ini kami memperoleh­inya.”

England kini mempunyai tiga hari untuk mengembali­kan tenaga sebelum menentang Sweden di Samara Sabtu ini untuk memburu satu tempat ke separuh akhir.

“Kami tidak mempunyai rekod yang bagus menentang mereka (Sweden). Saya fikir kami sentiasa memandang rendah kemampuan mereka,” kata Southgate.

Beliau juga mengakui corak permainan keras terutama sekali dari pasukan Colombia memberi kesan, dengan enam pemain Colombia dilayangka­n kad kuning.

“Ia seperti satu babak peperangan dalam bilik persalinan. Ada pemain mengalami kekejangan dan ada yang memerlukan rawatan. Kami akan tahu situasi sebenar (kecederaan) dalam beberapa jam akan datang,” kata beliau.

Selepaspas­ukannyamen­erima enam kad kuning, jurulatih Colombia, Jose Pekerman menjelaska­n rasa tidak senang beliau dengan prestasi pengadil perlawanan dari Amerika Syarikat (Mark Geiger).

“Permainan sangat keras, semua orang tahu ia akan berlaku seperti ini,” kata Pekerman.

“Saya fikir kami perlu cuba mempertaha­nkan bola sepak dan saya fikir kita seharusnya melakukan dengan lebih serius untuk cuba menghalang situasi yang mungkin akan timbul.

“Ia tidak menyenangk­an untuk bermain perlawanan seperti ini dengan menyedari apa keputusan pengadil. Kadang-kadang ia berlaku dalam bola sepak dan ada banyak kekeliruan.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters — Gambar Reuters ?? DIER menjadi wira selepas menjaringk­an gol kemenangan England di Stadium Spartak, Moscow, Selasa.
— Gambar Reuters — Gambar Reuters DIER menjadi wira selepas menjaringk­an gol kemenangan England di Stadium Spartak, Moscow, Selasa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia