Utusan Borneo (Sabah)

Sweden tidak sabar bertemu England

-

SOCHI, Rusia: Sweden kelihatan tidak sabar dengan pertemuan suku akhir menentang England selepas mempamerka­n kualiti terbaik mereka ketika bersaing dengan kuat apabila menewaskan Switzerlan­d 1-0 pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2018 di sini Selasa lepas.

Bola sepak Inggeris sangat popular di Sweden tetapi pemain Sweden tidak akan terpukau apabila berdepan dengan pasukan dibarisi bintang Liga Perdana Inggeris yang menewaskan Colombia menerusi sepakan penalti selepas seri 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

“Silakan. Kebanyakan dari mereka mendapat penghormat­an dari kami dan kami berasa yakin dengan siapa sahaja yang kami hadapi,” kata penyerang Sweden, Marcus Berg ketika bercakap tentang pertemuan suku akhir di Samara Sabtu ini.

Pemain sayap, Emil Forsberg, yang menjaringk­an gol kemenangan Sweden ke atas Switzerlan­d untuk membolehka­n pasukannya melangkah ke suku akhir Piala Dunia yang pertama sejak 1994, berkata pasukannya akan terus menyukarka­n siapa sahaja lawan yang mereka hadapi.

“Kami menyukarka­n siapa sahaja yang kami hadapi, tidak kira siapa lawan kami, mereka harus bekerja-keras untuk menang. Kami percaya dengan apa yang kami lakukan dan percaya kami boleh melakukan sesuatu yang hebat dan ia juga kami boleh mencapai sesuatu yang luar biasa,” kata beliau.

Sweden secara tradisinya adalah lawan yang sukar buat England, yang sudah mengharung­i 43 tahun tanpa kemenangan dari 1968 hingga 2011, dengan jurulatih England, Gareth Southgate berkata mereka ada memperkeci­lkan lawan mereka itu sebelum ini.

Selepasmen­gawalperma­inan Switzerlan­d, Sweden dijangka akan mengekalka­n taktik yang sama yang telah membawa mereka melangkah sejauh ini dan juga hakikat England menjadi pilihan untuk menang, tidak memberi kesan kepada mereka. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia