Utusan Borneo (Sabah)

EMPAT PERTUDUHAN

Najib mengaku tidak bersalah pecah amanah, salah guna kuasa

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgu­nakan jawatannya berhubung dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menetapkan tarikh perbicaraa­n selama 19 hari dari 18 Feb sehingga 28 Feb 2019; 4 Mac sehingga 8 Mac 2019; dan 11 Mac sehingga 15 Mac 2019.

Beliau membenarka­n Najib diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin dan memerintah­kannya menyerahka­n dua dokumen perjalanan beliau kepada mahkamah.

Hakim juga menetapkan 8 Ogos untuk pengurusan kes dan untuk pendengara­n permohonan rasmi Najib supaya satu perintah larangan dikeluarka­n terhadap media daripada menerbitka­n perbincang­an berkaitan merit dan tuduhan yang dihadapi Najib.

Najib, yang akan mencecah usia 65 tahun pada 23 Julai, dibawa ke Mahkamah Tinggi selepas kesnya dipindahka­n dari Mahkamah Sesyen.

Keempat-empat pertuduhan itu dibacakan semula kepada Najib dan beliau mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan berkenaan.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya beliau telah dianiaya.

“Lebih baik bertanya kepada beliau (Najib). Saya tidak tahu...,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di sini pada Rabu.

Najib ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamanny­a di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada pukul 2.35 petang Selasa.

Dalam sebuah video berdurasi 2 minit 22 saat di laman Facebookny­a, antaranya bekas perdana menteri itu menyatakan bahawa beliau “belum berpeluang untuk mempertaha­nkan diri” dan “terdedah kepada tohmahan yang dahsyat”.

Najib pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgu­nakan jawatannya berhubung dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM 42 juta.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Dr Mahathir menyeru semua penjawat awam agar bersikap telus dalam menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab untuk memulihkan dan membangunk­an negara ini.

Beliau yakin semua 1.6 juta penjawat awam di negara ini sayang kepada negara dan akan terus memberikan perkhidmat­an terbaik supaya Malaysia sentiasa aman dan memberi nikmat kepada rakyat.

“Saya yakin kita semua sedar dan selalu bersyukur serta menghargai keadaan dalam negara kita dan yakin menjalanka­n tugas dan perkhidmat­an untuk mentadbir negara kita akan berjaya

“Semua ini memerlukan sikap telus daripada kita dan bekerja dengan baik supaya khidmat kita akan mewujudkan negara lebih maju,” katanya.

Dr Mahathir turut mengajak rakyat Malaysia supaya bersyukur kerana dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan aman ketika banyak negara Islam lain menghadapi rusuhan dan peperangan yang mengakibat­kan ramai meninggal dunia, cedera dan kebuluran.

“Satu juta manusia tidak dapat makan kerana peperangan dan empat juta terpaksa lari meninggalk­an negara mereka akibat peperangan,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia juga perlu bersyukur pertukaran kerajaan selepas Pilhan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas berjalan dengan aman dan selamat tanpa banyak masalah.

Beliau berkata di negaranega­ra lain, lazimnya pertukaran kerajaan kerap disusuli dengan rusuhan sehingga ada yang terbunuh dan negara menghadapi masalah kerana pihak yang kalah tidak akan mudah menerima kekalahan.

“Tetapi di Malaysia kita dapati mereka yang kalah mengaku sudah kalah dan memberi ruang kepada yang baru mengambil alih. Dengan itu peralihan kerajaan berlaku dengan selamat dan aman,” katanya.

Beliau yang hadir selepas mempengeru­sikan mesyuarat kabinet, turut berseloroh hampir terlupa mengenai majlis tersebut berikutan menteri-menteri yang baharu dilantik membangkit­kan banyak perkara dalam mesyuarat tersebut. Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ?? GambarBern­ama ?? DR Mahathir (kiri) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra pada Rabu. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
GambarBern­ama DR Mahathir (kiri) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra pada Rabu. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia