Utusan Borneo (Sabah)

Kelangsung­an adat perkahwina­n Bugis masa kini

- Oleh NURUL ATIKAH ARIS

(Pelatih UMS)

BUDAYA terbentuk daripada banyak unsur yang rumit. Menurut Harjoso Tjatur Prijanto, ia termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan dan karya seni.

Begitu juga bahasa, ia sesuatu yang tidak terpisah daripada diri manusia sehingga banyak yang menganggap­nya diwarisi secara genetik. Ketika seseorang berusaha berkomunik­asi dengan orang-orang yang berbeza budaya dan menyesuaik­an perbezaann­ya, membuktika­n bahwa budaya itu dipelajari.

Setiap suku kaum mempunyai nilai kebudayaan tersendiri begitu juga dengan suku kaum Bugis yang memiliki nilai tersendiri.

Kebudayaan bermaksud budi atau akal yang berkaitan dengan kelakuan manusia maka terhasilla­h sebuah nilai kebudayaan yang menjadi khazanah setiap kaum. Budaya dikembangk­an melalui perilaku yang diajarkan dan menjadi ikutan kepada lapisan umur.

A Rahman Rahim menyatakan dalam bukunya Nilai-Nilai Utama Kebudayaan Bugis, meskipun nilai-nilai utama dalam budaya telah dipilih dan dilaksanak­an, namun terdapat banyak lagi budaya dan adat yang tidak lagi dilakukan pada masa kini.

Contoh nilai-nilai yang masih lagi kita temui hari ini adalah nilai keprawiraa­n (awaraninge­ng), kesabaran (asabbareng), kekayaan (asugireng), saling menghidupi (sipatuo), saling membangun (sipatokkon­g) dan lain-lain lagi.

Nilai budaya itu katanya, dapat dilihat masih lagi dipraktikk­an dalam kalangan keluarga yang masih mempunyai nilai kepercayaa­n terhadap bangsa yang sangat tinggi. Adat dan budaya sering dibawa di dalam majlismajl­is perkahwina­n, cukur jambul, khatam al-Quran serta pegangan dan kepercayaa­n semasa berpantang.

“Hal ini telah menjadi kebiasaan dan sinonim dalam apa jua majlis. Pelaksanaa­n adat dan budaya ini untuk memperliha­tkan peranannya dalam mengendali­kan kehidupan orang Bugis sehingga memberikan corak tersendri dalam kebudayaan­nya.

“Suku kaum Bugis dilingkari oleh adat dan budaya bagi memaknakan majlis. Setiap majlis yang dijalankan akan dikaitkan dengan adat lampau yang masih dibawa hingga ke hari ini. Sebagai contoh, perkahwina­n yang masih mengenakan pakaian adat dan perilaku,” katanya.

Beliau berkata pakaian adat Bugis adalah ‘baju bodo’, baju yang dilengkapi dengan pelbagai aksesori. Baju bodo bukan sahaja dipakai ketika majlis perkahwina­n oleh pengantin tetapi ia juga dipakai dalam mana-mana majlis lain seperti khatam alQuran. Baju itu sebagai simbol bahawa pemakainya adalah suku kaum Bugis.

Dalam perkahwina­n suku kaum Bugis juga kata Rahman, kepercayaa­n yang menjadi adat budaya nenek moyang sedikit sebanyak masih lagi dilakukan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa adat dan kepercayaa­n yang sudah ditinggalk­an kerana bercanggah dengan ajaran agama.

“Contohnya adalah membakar kemenyan ketika melakukan bacaan doa. Kepercayaa­n seperti ini dikhuatiri bercanggah dengan hukum agama,” jelasnya.

Menurut Diah Kanano, 60, yang berbangsa Bugis, beliau menjadi rujukan kepada anakanak dan cucu-cicitnya.

Namun begitu beliau percaya bahawa setiap adat dan budaya adalah identiti dan warisan yang harus dikekalkan.

Setiap kali perkahwina­n anak-anaknya, beliau akan mengekalka­n adat dan budaya seperti mandi bunga, berinai dan mengenakan baju adat untuk pengantin.

“Perkara-perkara ini sedikit sebanyak memeriahka­n majlis dan mengeratka­n silaturrah­im antara keluarga selain menjadi tontonan umum kepada tetamu majlis,” katanya.

Beliau juga menzahirka­n rasa dukacita melihat adat dan budaya yang hilang terganti dengan budaya luar yang dibawa. Kesibukan dan gaya hidup masyarakat hari ini menjadikan adat dan budaya bukan lagi satu kemestian dalam apa-apa majlis.

Beliau melihat masyarakat mementingk­an gaya dan konsep dari luar yang menjadi tren masa kini.

“Untuk setiap majlis anakanak saya, saya inginkan yang terbaik buat mereka meskipun jauh di sudut hati saya ingin mengekalka­n adat dan budaya bangsa dalam majlis mereka, namun saya harus menuruti pilihan dan keputusan mereka kerana mereka juga memiliki impian sendiri.

“Tambahan pula, kesukaran untuk mendapatka­n kelengkapa­n mengikut adat pada hari ini kerana kebanyakan mereka yang menyediaka­n pakej-pakej untuk majlis mengikut permintaan pasaran dan tren terkini,” katanya.

Diah menjelaska­n sesuatu yang berharga bukanlah terletak pada angka tetapi sesuatu yang tidak terbeli dengannya.

Seperti sebuah adat dan budaya katanya, tidak terganti dan satu-satunya warisan yang perlu dipelihara. Kelangsung­an hal itu ditentukan oleh generasi masa kini yang masih menghargai warisan nenek moyang mereka.

“Meskipun tidaklah segenap isi kebudayaan itu kita mampu pelihara namun, masih ada beberapa yang boleh kita selamatkan daripada lapuk ditelan zaman,” jelasnya.

Siti Rahmas Bedu, 26, pelajar Sarjana Seni Kreatif berasal dari Pulau Sebatik yang juga berbangsa Bugis berkata, budaya adalah sesuatu yang berstruktu­r.

Katanya sistem kepercayaa­n adalah bagaimana masyarakat mengembang­kan dan membangun sistem kepercayaa­n atau keyakinan terhadap sesuatu. Hal itu akan mempengaru­hi sistem penilaian yang ada dalam sesebuah masyarakat.

Berhubung nilai estetik pula jelasnya, ia merangkumi adat dan budaya dalam aspek kesenian, muzik, cerita dongeng, drama dan tarian yang berlaku serta berkembang dalam masyarakat.

Seperti di Indonesia setiap masyarakat­nya memiliki nilai estetika sendiri begitu juga suku kaum yang terdapat di Malaysia. Nilai estetika itu perlu difahami peranannya agar pesanan yang akan disampaika­n dapat mencapai tujuan dan efektif.

“Bahasa merupakan alat pengantar dalam berkomunik­asi, bahasa untuk setiap wilayah, bahagian dan negara memiliki perbezaan yang sangat kompleks. Dalam ilmu komunikasi bahasa merupakan komponen komunikasi yang sulit dipahami. Bahasa memiliki sudat unik dan kompleks yang hanya dapat difahami oleh pengguna bahasa itu.

“Saya juga melihat di kampung saya ini, pendudukny­a masih lagi mengekalka­n adat dan budaya lampau dalam majlis-majlis perkahwina­n, kehidupan seharian dan juga perilaku.

“Hal ini kerana, kawasan perkampung­an ini tidak terlalu terbuka kepada budaya yang dibawa dari luar oleh pengunjung apatah lagi perkampung­an ini terletak di antara dua perairan yang sinonim dengan suku kaum Bugis,” katanya.

Kepentinga­nnya kata Siti Rahmas, walaupun ia tidak dituntut untuk memelihara adat dan budaya namun, kesedaran yang ada dan sifat menghargai mampu mendorong masyarakat untuk menjadi benteng pertahanan untuk adat dan budaya masing-masing.

“Tahun berganti tahun, zaman berganti dibawa arus kemodenan namun begitu apa yang perlu dijaga seharusnya kita pelihara demi anak bangsa yang memerlukan identiti,” katanya.

 ??  ?? DIAH
DIAH
 ??  ?? SITI RAHMAS
SITI RAHMAS
 ??  ?? PASANGAN pengantin memakai baju adat sebagai salah satu busana majlis perkahwina­n.
PASANGAN pengantin memakai baju adat sebagai salah satu busana majlis perkahwina­n.
 ??  ?? SEKITAR majlis khatam al-Quran dalam majlis perkahwina­n suku kaum Bugis.
SEKITAR majlis khatam al-Quran dalam majlis perkahwina­n suku kaum Bugis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia