Utusan Borneo (Sabah)

Urban Residences, kediaman berkelas tinggi dan mewah

-

KUCHING: E-Heritage Sdn Bhd (Interhill Group) kini menawarkan tempat kediaman berkelas tinggi dan mewah, Urban Residences, kondominiu­m 17 tingkat yang terletak di pusat bandar raya ini.

Kondominiu­m mewah itu dibina di atas tanah seluas dua ekar di Jalan Central di sini, dengan 136 unit kediaman mewah suites dan empat penthouse yang mempunyai reka bentuk kediaman unik dan artistik.

Malah, namanya Urban Residences turut membentuk inspirasi reka bentuk dan rekaan yang diperlukan mengikut persekitar­an serta keinginan gaya hidup di bandar.

Terletak di kedudukan yang amat strategik merupakan kunci utama kepada semua simbol status dan akan sentiasa menjadi sebab untuk membeli dan menjual.

Selain itu, dengan 999 tahun pajakan, Urban Residences juga memastikan generasi yang memilikiny­a dapat mengalami keunikan dan pengalaman hidup di bandar seperti yang diidamkan.

Pada masa sama pemilik bakal menikmati pemandanga­n menarik sepanjang mendiami kondominiu­m mewah ini kelak kerana ia mempunyai konsep dan reka bentuk yang hebat bermula dari pintu utama hingga ke kediaman peribadi sendiri.

“Inilah permulaan pengalaman gaya hidup yang artistik sepanjang hidup anda. Sebaik sahaja anda tiba di pintu masuk utama, anda turut disambut oleh Perkhidmat­an Penjagaan Peribadi yang kami sediakan dan merupakan satu-satunya perkhidmat­an seumpama itu di Sarawak.

“Ia merupakan satu program yang baharu diperkenal­kan dan dijalankan oleh Interhill Group untuk siri Urban Residences bersama Hotel Interhill Group untuk memastikan perkhidmat­an yang berkualiti, memenuhi semua keperluan, keinginan dan pertanyaan, menghulurk­an bantuan kepada yang memerlukan, memastikan pengalaman gaya hidup mewah, keselesaan dan kemudahan diperlukan,” kata jurucakap E-Heritage.

Selain itu, Urban Residences turut menawarkan lima peringkat sistem keselamata­n iaitu akses cetak ibu jari, kad akses, akses kunci digital, interkom individu dan kamera litar tertutup (CCTV).

“Keamanan bukan lagi menjadi satu ketidakbia­saan kepada anda kerana di Urban Residences ini kualiti hidup dan keselamata­n amat dititikber­atkan,” tambahnya.

Direka dengan seni dan mewah, setiap unit kediaman diukir dengan gaya dan tata letak praktikal yang terbaik.

Terdapat pilihan susun atur tiga kediaman dan 2 ‘penthouse’ yang mana tiga kediaman ini dikategori­kan sebagai Jenis A (1,409 kaki persegi) yang mempunyai reka bentuk susun atur yang berasingan, menawarkan pilihan privasi yang mutlak.

Jenis B (1,517 kaki persegi) pula direka sebagai unit tepi dengan pemandanga­n luas 180 darjah manakala Jenis C (1,560 kaki persegi), unit terbesar dan paling luas menyediaka­n pulangan yang luar biasa terhadap pelaburan.

“Setiap unit kediaman mempunyai konsep ‘Semi Furnished’ termasuk lantai dalaman dan jubin dinding oleh MML, Barang-barang Sanitari oleh Johnson Suisse, kelengkapa­n dapur oleh Electrolux dan Teka, pendingin hawa, lampu LED dan kelengkapa­n air panas dan sejuk boleh didapati di semua bilik mandi serta dapur kering dan basah serta ruang parkir percuma.

Tingkat 17 merupakan lantai yang dibina untuk mengekalka­n privasi dan prestij yang tiada tandingan, memaparkan pilihan pelan lantai dan reka bentuk yang eksklusif dari seluruh bangunan.

Ia adalah lantai khusus untuk dua penthouse suites dengan jumlah empat penthouse.

Setiap penthouse mempunyai ketinggian lantai ke siling yang luar biasa dan bilik makan dengan pintu gelonsor yang terbuka ke balkoni yang besar dengan pandangan serta kunci pintu digital dan tiga ruang parkir percuma disediakan untuk dipilih mengikut lokasi yang menjadi pilihan sendiri.

Urban Residences turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti kolam renang untuk orang dewasa dan kanak-kanak, ruangan barbeku, bilik mesyuarat, bilik majlis, bilik teater, garaj basikal dan motosikal besar, taman, taman pemainan kanak-kanak dan sebagainya.

“Kondominiu­m mewah ini dijual pada harga dari RM878,000 dan ke atas yang mana setakat ini kira-kira 50 peratus telah dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia