Utusan Borneo (Sabah)

Polis beri amaran kepada Tun Faisal

-

KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz agar tidak membuat sebarang provokasi di kawasan sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini ketika proses perbicaraa­n bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berlangsun­g, atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata setakat ini tiada penahanan yang dibuat terhadap Tun Faisal.

“Kami boleh tahan beliau (Tun Faisal) jika beliau mengulangi perbuatan sedemikian (provokasi) tetapi polis memberi amaran terlebih dahulu.

“Seperti yang kita tahu bahawa kawasan mahkamah adalah kawasan larangan dan setiap orang awam yang memasuki kawasan ini perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan mahkamah,” katanya ketika ditemui Bernama di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Pada Rabu, Tun Faisal melakukan provokasi dengan melaungkan ‘Bebaskan Najib’ ketika bekas perdana menteri itu tiba di kompleks mahkamah.

Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) semalam mengesahka­n Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang.

Najib ditahan berkaitan kes penyelewen­gan dana berjumlah RM42 juta daripada SRC Internatio­nal Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgu­na jawatannya berhubung dana S R C I n t e r nat ion al Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sementara itu, tinjauan Bernama setakat 12.37 tengah hari ini di kompleks berkenaan mendapati puluhan media tempatan dan antarabang­sa masih menunggu perkembang­an kes Najib di lobi mahkamah itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia