Utusan Borneo (Sabah)

KKTP teruskan agenda pemilikan rumah

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan meneruskan agenda pemilikan rumah bagi semua golongan masyarakat daripada latar belakang pendapatan yang berbeza.

Timbalan Ketua Menteri yang juga menteri berkenaan, Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, kementeria­nnya melalui Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar akan terus merencana pembanguna­n perumahan di negeri ini, khususnya pembinaan lebih banyak rumah mampu milik dan kos rendah.

“Kementeria­n saya juga akan meneruskan kerjasama dengan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk penyediaan lebih banyak perumahan awam.

“Pembinaan rumah ini kelak akan mengetenga­hkan konsep pembanguna­n yang baharu di mana pembanguna­n yang dirancang kelak akan mengambil kira pelbagai faktor seperti perancanga­n budaya, cara hidup dan sosioekono­mi penduduk setempat,” katanya dalam ucapan penggulung­an kementeria­n di Persidanga­n DUN Sabah pada Khamis.

Jaujan berkata, kementeria­nnya akan menekankan lima aspek yang mesti ada dalam pembanguna­n perumahan iaitu keselamata­n, ketahanan, ekonomi, kos penyelengg­araan dan keselesaan.

Katanya, pendekatan itu sejajar dengan matlamat pembanguna­n kerajaan negeri yang meletakkan kepentinga­n rakyat serta peningkata­n kualiti hidup sebagai keutamaan.

Selain itu katanya, bagi menyelesai­kan isu migrasi luar bandar ke bandar, kawasan setinggan sedia ada akan ditempatka­n semula ke kawasan perumahan awam seperti Program Perumahan Rakyat serta penyediaan lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana. Bersambung di muka A2

 ??  ?? JAUJAN (dua kiri) bersama beberapa pembantu menteri menunjukka­n isyarat bagus pada hari terakhir Persidanga­n DUN Sabah pada Khamis.
JAUJAN (dua kiri) bersama beberapa pembantu menteri menunjukka­n isyarat bagus pada hari terakhir Persidanga­n DUN Sabah pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia