Utusan Borneo (Sabah)

RM3,305.4 juta dalam Akaun Kewangan Kerajaan Negeri

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Wang Awam dalam kedudukan Akaun Kewangan Kerajaan Negeri pada 18 Jun 2018 berjumlah RM3,305.4 juta.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 48.7 peratus iaitu RM1,608.9 juta dimiliki oleh kerajaan negeri untuk Akaun Hasil Disatukan.

Katanya, baki 51.3 peratus atau RM1,696.5 juta dipegang untuk Akaun Amanah Disatukan.

“Kedudukan Modal Kerja (Working Capital) kerajaan negeri mencukupi untuk menampung bayaran harian yang diperlukan.

“Liabiliti kerajaan negeri terdiri daripada Pinjaman Kerajaan Persekutua­n yang berjumlah RM2,871.7 juta dan Bon Terbitan berjumlah RM1,000 juta seperti pada 31 Disember 2017.

“Setakat kini, kerajaan negeri tidak mempunyai tunggakan bayaran balik Pinjaman Kerajaan Persekutua­n,” katanya ketika membuat ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Kewangan.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga diwajibkan membayar balik Bon Terbitan sebanyak RM1,000 juta secara bayaran penuh sekaligus

(Bullet Payment) yang akan matang pada 9 Disember 2019 sebagai langkah untuk mengurangk­an hutang negeri.

Di samping itu katanya, sebanyak RM150.7 juta diperuntuk­kan setiap tahun bagi maksud pembayaran balik Pinjaman Kerajaan Persekutua­n.

“Untuk makluman, secara puratanya tempoh bayaran balik Pinjaman Kerajaan Persekutua­n adalah 20 tahun dengan kadar faedah yang rendah iaitu sifar peratus bagi projek-projek sosial.

“Ia termasukla­h projek seperti bekalan air serta pembetunga­n dan empat peratus bagi projek-projek komersil yang diperoleh melalui KKIP Sdn Bhd dan Saham Sabah Bhd,” jelasnya.

Shafie berkata, dasar kerajaan negeri dalam merancang bajet pada setiap tahun adalah untuk mengimbang­i antara hasil yang dikutip dengan perbelanja­an yang akan dilaksanak­an.

Bagi tahun fiskal yang berkenaan katanya, sebolehnya kerajaan negeri akan merancang perbelanja­an tidak melebihi anggaran hasil yang kutip.

“Ini bermakna lebih tinggi jangkaan kutipan hasil, lebih banyak perbelanja­an yang boleh dirancang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia