Utusan Borneo (Sabah)

Tiga didakwa culik pelakon ‘Halloween: Resurrecti­on’

-

LOS ANGELES: Tiga orang telah didakwa secara rasmi atas tuduhan menculik aktres ‘Halloween: Resurrecti­on’ Daisy McCrackin dan pelakon Joseph Capone, dengan menahan seorang dalam keadaan berbogel dalam tab mandi selama 30 minit dan pada waktu yang sama menuntut seorang lagi membayar wang tebusan sebanyak AS$10,000 (RM37,000).

Keith Andre Stewart, Johntae Jones dan Amber Neal didakwa atas 17 tuduhan jenayah, termasuk menculik, menyerang dengan senjata api, melakukan kecurian besar, kekacauan dan konspirasi serta memiliki metamfetam­ina untuk dijual, menurut satu pendakwaan juri agung yang dibuka Selasa lepas.

Pendakwa raya berkata ketiga-tiga tertuduh pergi ke rumah McCrackin pada 3 Mei lalu, di mana Stewart memukul Capone dengan pistol.

Ketiga-tiga tertuduh kemudian menutup kepala keduadua pelakon dengan kain dan memandu mereka ke rumah Jones di Compton.

Di sana, ketiga-tiga tertuduh menanggalk­an pakaian Capone sehingga bogel dan memaksanya duduk dalam tab mandi selama 30 jam tanpa makanan.

Sementara itu Jones dan Neal membawa kereta McCrackin dan memandunya ke beberapa bank sambil menuntut dia membayar sekurangku­rangnya AS$10,000 untuk membebaska­n Capone.

Seterusnya McCrackin dipaksa menulis cek bagi jumlah yang sama kepada Neal, yang memasukkan­nya ke dalam banknya sendiri, kata pertuduhan.

Kumpulan itu membawa McCrackin balik ke rumahnya pada 4 Mei, di mana dia melarikan diri dan menghubung­i polis, yang membawa kepada penangkapa­n defendan.

Penangkapa­n Neal dengan tangannya diangkat tinggi di hadapan beberapa kereta polis dan anggota polis yang mengacukan senjata mereka, sudah ditonton lebih 3.2 juta kali dalam Twitter, selepas orang pertama yang menyiarkan­nya mendakwa ia adalah contoh bagi kekejaman polis ke atas warga Afrika Amerika.

Pejabat Peguam Daerah Los Angeles berkata Stewart dan Jones menghadapi hukuman maksimum penjara seumur hidup dalam penjara kerajaan tanpa kemungkina­n bagi parol jika disabit kesalahan, manakala Neal menghadapi hukuman penjara seumur hidup.

Ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$1 juta (RM3.8 juta) bagi Jones dan Neal, dan AS$2.08 juta (RM7.7 juta) bagi Stewart.

Mereka dijadual hadir di mahkamah untuk pendengara­n sebelum perbicaraa­n pada 23 Julai di mahkamah daerah Pusat Kehakiman Jenayah Foltz. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail me-nunjukkan McCrackin ketika menghadiri majlis di Los Angeles, California pada 2 Mac, 2006.
— Gambar AFP GAMBAR fail me-nunjukkan McCrackin ketika menghadiri majlis di Los Angeles, California pada 2 Mac, 2006.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia