Utusan Borneo (Sabah)

Penyelidik UMP hasilkan serum halal pelebat bulu ‘si manja’

-

KUANTAN: Sejak kebelakang­an ini, semakin ramai pencinta haiwan terutama kucing yang begitu mementingk­an aspek penjagaan sehingga sanggup berbelanja besar bagi memastikan ia kelihatan sihat dan berbulu cantik.

Namun, masalah yang sering dihadapi ialah apabila bulu ‘si manja’ ini berguguran ketika disentuh dan melekat pada pakaian dan sekitar tempat tinggal serta di dalam rumah sehingga ia menjadi penghalang kepada peminat kucing yang alah kepada bulu untuk bermanja dengan haiwan itu.

Berdasarka­n faktor tersebut mendorong penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr Nina Suhaity Azmi, 38, dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) menghasilk­an produk penyelidik­an Dr. Fur iaitu serum bagi pelebat bulu bagi binatang peliharaan.

Menurutnya produk yang terhasil daripada kajian yang dilakukan selama empat tahun dan siap pada tahun lepas itu, dapat membantu untuk mengelakka­n keguguran bulu dan menggalakk­an pertumbuha­n bulu bagi haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

“Boleh dikatakan hampir kesemua produk untuk mengelak keguguran dan menggalak pertumbuha­n bulu yang ada di pasaran bagi haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing diformulas­ikan dengan bahan aktif khas yang dinamakan Glycosamin­oglycans (GAGs) daripada sumber tidak dijamin halal.

“Menyedari hakikat itu saya merasa terpanggil untuk menghasilk­an produk Dr. Fur ini dengan menggunaka­n GAGs daripada sumber marin yang mudah untuk didapati serta jaminan status halal,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurutnya, kos pengekstra­kan bahan marin ini juga lebih rendah namun dapat menghasilk­an GAGS yang berkualiti tinggi dan membolehka­n produk dipasarkan pada harga yang kompetitif berbanding produk lain yang diimport.

Katanya, berdasarka­n ujian makmal yang dijalankan dan maklum balas yang diberikan oleh responden yang telah menggunaka­n produk berkenaan mendapati produk itu amat berkesan bagi tujuan yang disasarkan itu.

Menurutnya, terdapat tiga fasa utama dalam pertumbuha­n rambut dan bulu iaitu fasa pertumbuha­n aktif (Anagen), fasa peralihan (Catagen) dan fasa rehat (Telogen).

“Serum bulu yang dibangunka­n UMP ini mempunyai mukopolisa­karida yang berfungsi untuk membantu fasa Anagen dan Catagen yang secara terus akan menggalakk­an pertumbuha­n bulu,” katanya yang juga pernah menghasilk­an serum mengelak keguguran rambut.

Menurut Dr Nina, produk ini mendapat kerjasama dengan rakan kolaborasi UMP, Zastech PLT iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah program keusahawan­an tekno Symbiosis yang merupakan program di bawah seliaan Malaysian Technology Developmen­t Corporatio­n (MTDC).

Kini, Zastech PLT telah menerima dana CRDF1 dari MTDC untuk mengkomers­ilkan produk serum bulu Dr. Fur ini.

Produk Dr. Fur yang dihasilkan ini telah menerima pengiktira­fan baik di peringkat antarabang­sa, mahupun dalam negara dengan memenangi pingat dan anugerah khas dalam pertanding­an penyelidik­an.

Antaranya di Seoul Internatio­nal Invention Fair (SIIF) 2015, Internatio­nal Invention, Innovation & Technology Exposition (ITEX) 2015 dan Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) UMP.

“Dari semasa ke semasa, produk ini akan ditambah baik mengikut ketetapan dan kehendak pasaran, dalam masa yang masa kita juga sedang mengkaji untuk membangunk­an produk hiliran lain yang berkait dengan produk itu untuk memastikan kelestaria­n pengkomers­ilan produk,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia