Utusan Borneo (Sabah)

Jawi, Puspanita ceriakan pesakit di Hospital Labuan

-

LABUAN: Seramai 40 pesakit telah menerima sumbangan sempena Program Ziarah Hospital anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi) Labuan dengan kerjasama Puspanita Labuan di Hospital Nukleus Labuan pada Selasa.

Timbalan Pengerusi Puspanita Labuan Hajah Mirani Majidi berkata pihak Jawi Labuan menyumbang­kan wangtunaim­anakalaPus­panita menyumbang­kan barangan makanan kepada 40 pesakit di wad lelaki, wad perempuan dan wad kanak-kanak.

Turut menyertai ziarah itu ialah Penolong Pengarah Pengurusan Dakwah Jawi Labuan Ustazah Nur Aida Mohammad yang mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan Jawi Labuan Ustaz Sabarudin Hassan.

Ziarah Hospital itu juga turut disertai beberapa AJK Puspanita Labuan.

Mirani yang mewakili Pengerusi Puspanita Labuan Datin Nuraini Mohammed Hanafiah berharap menerusi ziarah itu akan dapat menceriaka­n pesakit di Hospital Nukleus Labuan sempena bulan Syawal ini.

Pada masa sama, beliau yakin program ziarah itu akan dapat mengeratka­n lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara Jawi Labuan dan Puspanita Labuan dengan warga Hospital Labuan khususnya kakitangan dan jururawat.

“Sempena bulan Syawal kali ini, Jawi Labuan dengan kerjasama Puspanita Labuan mengadakan program Ziarah Hospital untuk menceriaka­n pesakit kanak-kanak, lelaki dan perempuan,” katanya.

Sepanjang program itu diadakan, pihak Hospital Labuan yang diwakili Dr Faizudin Hafifi Maskam selaku Pegawai Perubatan Bahagian Perubatan, Kualiti dan Penjagaan Perubatan mengiringi rombongan menyerahka­n sumbangan kepada pesakit.

Mirani mengucapka­n terima kasih kepada pengurusan Hospital Labuan, kakitangan dan jururawat yang memberikan kerjasama sepanjang program itu berjalan.

 ??  ?? JURURAWAT bergambar kenangan bersama rombongan Jawi dan Puspanita.
JURURAWAT bergambar kenangan bersama rombongan Jawi dan Puspanita.
 ??  ?? MIRANI menyerahka­n sumbangan kepada pesakit di Hospital Labuan.
MIRANI menyerahka­n sumbangan kepada pesakit di Hospital Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia