Utusan Borneo (Sabah)

111 sertai kursus Bina Insan Guru di Tawau

-

PERMINTAAN bekalan ternakan ikan air tawar di pasaran adalah tinggi. Penternak di kalangan komuniti perlu mengembele­ng tenaga dan saling berkerjasa­ma mengambil peranan menyahut seruan kerajaan.

“Ternakan air tawar di daerah ini berpotensi besar dan amat bertuah kerana memiliki sungai yang bersih serta berkualiti,” kata Penguasa Perikanan Daerah Kota Belud Shamsuddin Harun berucap di Majlis Penutupan Kursus Penyediaan Makanan di Peringkat Ladang, bertempat di Stesen Kebayau, Kota Belud.

Menurut Shamsuddin, ternakan ikan air tawar dapat memberi hasil pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti.

“Kerajaan sentiasa mengambil berat dan sedaya upaya membantu penternak ikan air tawar dengan kemampuan yang ada.

Katanya, kursus yang dianjurkan adalah pendedahan cara-cara menghasil baja ikan yang boleh dibuat sendiri oleh penternak atau komuniti.

Sementara itu Ketua Peserta Demis Rumanti berkata, kursus penyediaan makanan di peringkat ladang berupa baja ikan yang julung kali dianjurkan di daerah ini amat tepat pada masanya.

“Ternakan ikan air tawar mewujudkan usahawan dari kalangan komuniti bukan sahaja untuk bekalan ikan namun juga sebagai pusat riadah yang saling melengkapi pelanconga­n luar bandar,” katanya.

Katanya, peserta amat berterima kasih kepada tenaga penceramah yang terdiri dari pakar air tawar yang didatangka­n khas selama dua hari ke Stesen Kebayau memberi tunjuk ajar secara teori dan praktikal.

“Selama dua hari, wujud kesedaran di kalangan penternak untuk saling bekerjasam­a dan kami memutuskan untuk membentuk persatuan, di mana ianya bertujuan menyatukan penternak komuniti ikan air tawar untuk bergerak bersamasam­a,” kata Demis.

Tambahnya, persatuan yang akan dibentuk akan berusaha sedaya upaya mengembang­kan ternakan ikan air tawar bagi menampung permintaan bekalan di pasaran.

 ??  ??
 ??  ?? PARA peserta Kursus Penyedian Makanan di Peringkat Ladang bersama Shamsudin dengan para penceramah.
PARA peserta Kursus Penyedian Makanan di Peringkat Ladang bersama Shamsudin dengan para penceramah.
 ??  ?? PRAKTIKAL menghasilk­an baja ikan.
PRAKTIKAL menghasilk­an baja ikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia